PROJEK KEMBIRIKAN PONTI, CIK LANG, JETON, SNAKE & YUMMY - Alam Sari Di Tanah Jauhar

PROJEK KEMBIRIKAN PONTI, CIK LANG, JETON, SNAKE & YUMMY

 Assalamualaikum...


SETELAH enam tahun mengurung Ponti dan Cik Lang dalam rumah, akhirnya semalam barulah keduanya dapat dimandulkan. Selama ini berkira-kira nak buat, tapi bila ada program anjuran majlis ni, terbuka pula hati nak buat. Oh ya, sebelum ni ada plan dah nak buat di klinik haiwan yang baru dibuka di Taman Teratai tapi bila dapat tahu pasal program ni, dan lebih murah maka kita buatlah yang murah sebab bukan Ponti dan Cik Lang jer, kami buat terus untuk Snake, Yummy dan Jeton, adik-adik Si Nobit yang dah disunatkan dua minggu lepas.


Ini Jeton. Jeton satu carrier dengan Ponti sebab dia ngam dengan Ponti. Snake dan Yummy masuk carrier sebelah. Cik Lang pulak kena masuk carrier lain pasal badan dia berat kalau nak sama sangkar dengan Ponti. Klinik tu dekat sebelah taman rumah kami aje, tak sampai 10 minit perjalanan tapi tak sampai setengah perjalanan lagi....


Cik Lang mengamuk... hahahahaha. Bayangkan amukan dia sampai koyak carrier tu.
Nasib baiklah masih dalam kereta lagi dan dia taklah mengamuk berlari-lari dalam kereta lepas terkeluar dari carrier, hahah. Sampai klinik, Jeton terpaksa dipindahkan ke sama carrier dengan adik beradik dia dan Cik Lang sama carrier dengan Ponti. Punyalah berat.. Sk takut jer tanggal handle tu dan mereka jatuh.


Ramai betul yang hantar kucing ke projek kembiri ni. Kebanyakannya macam kucing sendiri. Harga kembiri bagi setiap kucing jantan atau betina cuma RM50 (potong tepi cuping telinga) dan RM80 (tatoo cuping telinga. Kami pilih tatoo, kesian pulak kalau kena potong telinga tu. Masuk klinik pukul 10 pagi dalam pukul 4 tu, kami diminta mengambil kucing yang telah sedar. Tengok Jeton, Snake dan Yummy dah sedar tapi Ponti dan CikLang masih tidur lagi, tersayat hati tengok.


Sampai rumah, tiga budak kecik ni dah lincah, dah kelaparan. Tapi sebab diorang jalan masih tak berapa nak betul, tak digalakkan untuk bagi makan dulu. Bila nampak macam dah stabil sikit, baru Sk berani bagi wetfood. Sk bela kucing kampung aje, mungkin tak gebu dan berbulu panjang tapi mereka ni banyak bawa rezeki pada kami sekeluarga. Sihat dan bahagia, cukup makan, cukup tidur, ada kerja dan tempat tinggal yang selesa itu juga rezeki, kan.


Dah malam.. Ponti nampak dah okey. Kepala dah tegak. Dah boleh manjat atas meja, atas katil, atas washing mashine, huhu.


Beza perut kucing tua dengan kucing muda, haha.
Sk baru nak lipat kain, tengok Cik Lang lain macam aje. Masa ni dah pukul 9 malam. Ingatkan dah okey, bagilah makan, sekali dia boleh terkulai dalam mangkuk tu. Teruslah rasa nak nangis dan menyesal pun ada. Urut-urut badannya yang sejuk tu. Pak Inche lagilah ingat dia dah tak ada. Sk gilir-gilir dengan Iman sedarkan Cik Lang. Pesanan dari staf klinik, kalau risua, bawa ke klinik tapi klinik apa buka malam-malam kan. Lepas tu teringat kawan fb yang biasa bawa mandulkan kucing jalanan. Menurut Busu, kawan SK tu, mungkin faktor usia yang buat Cik Lang macam tu dan antibodi tak berapa nak kuat. Dia kata, memang ada kucing jalanan tua yang dia bawa, dua hari baru okey, barulah lega. Alhamdulillah, pagi ni Cik Lang dah tegak jalannya dan dah boleh makan, syukurrrr!


Bagi kucing yang baru lepas kembiri, dinasihatkan untuk elakkan mereka menggunakan pasir biasa tu tau. Jadi, untuk sehari dua ni kenalah tahan guna taufu liter ni. SK tak suka sebab yang jenis ni cepat hancing. Hurmm.. kena rajin kautlah, huhuhu.

Semoga cepat sembuh anak-anak!


7 comments:

  1. mandulkan kucing ni utk elak dari penyakit dan membiak.... tapi i selalu bela kucing jantan huhuhuh ...

    ReplyDelete
  2. Wow.. bagusnyaaa... sy x reti pegang kucing.. ahaahaha

    ReplyDelete
  3. Kesiannya tengok perut kucing tua tu...mesti lepas bersalin dia tak sempat berbengkung hahahahaaa!

    ReplyDelete
  4. Lepas ni mereka akan makan tidur ajelah

    ReplyDelete
  5. AJOQQ menyediakan 9 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)
    WA;+855969190856

    ReplyDelete
  6. aduuuu siannya cik lang tu...alhamdulillah lepas tu dia da ok ek...saya pun nak kembirikan gak ni..adeii tak tau ada program tu..kalo ada lagi nanti, share ngan saya ek kak..hihi

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih