SPAGHETTI BOLOGNESE YANG SANGAT SEDAP

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

Assalamualaikum...


SPAGHETTI Bolognese sepertimana yang dijanjikan semalam. Malam ni malas nak makan berhidang macam selalu tapi terus cedukkan seorang sepinggan. Ngam-ngam pulak tu portion untuk tiga orang, cuma untuk Iman kena letak lebih sikit sebab dia kipas susah mati Spaghetti Bolognese Sk 😜


Kalau selalunya Sk guna sos tradisi jenama prego, kali ini Sk guna jenama Barilla. Iman la cakap, Barilla ni sekarang viral dalam tik tok. Sebelum ni, Sk dah cuba spaghettinya, kali ini cuba pula sos bolognese. Memang sedap, Sk masak, mana pernah tak sedap, kan kan kan. Tapi memang patut sedaplah, sebab harganya pun agak mahal sedikit tapi tidaklah terlalu mahal. Berpatutan dengan kualitinya gitu.


Sos bolognese ni, Sk masak awal selepas BDR. Pagi ni masuk pejabat sampai pukul 1, sampai rumah pukul 2. Gedebak gedebuk.. gedebak gedebuk.. bos kata, walaupun balik pukul 1, tetap kira BDR sampai pukul 5. Baik, bos. Jadi, Sk mula memasak hampir pukul 6 jugak. Masak sosnya dulu, malam baru rebus spaghetti, taklah penat sangat memasak.

Resepi Sos Bologness

Sedikit minyak zaitun
5 ulas bawang putih cincang
1 labu bawang besar didadu
400 gm daging kisar
1 botol sos bolognese jenama Barilla (400gm)
1 tin kecil puri tomato
Sedikit air (kocak dalam tin dan botol sos)
1 kiub pati lembu

Cara-cara :

1. Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih hingga keemasan.
2. Masukkan daging kisar, masak hingga bertukar warna.
3. Masukkan bawang besar didadu, kacau hingga bawang layu.
4. Masukkan sos bolognese, kacau sekejap.
5. Masukkan puri tomato, kacau lagi. Kocakkan sedikit air dalam botol dan tin sos tadi, masukkan dan kacau sebati.
6. Masukkan kiub pati lembu, kacau sebati. Biar merenih sebentar, kemudian boleh matikan api.

Untuk spaghetti, ikut arahan merebus pada peket. Sk rebus 13 minit. Selepas toskan spaghetti, gaulkan dengan sedikit mentega. Hidangkan bersama sos bolognese, taburkan daun parsley cincang.






Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Janji ditepati🤣🤣🤣

    ReplyDelete
  2. Tengok spaghetti bolognese teringat Abang Farid! Kalau dia ada bersama kami memang rajinlah dia masak spaghetti.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!