Assalamualaikum WBT
SEJAK mak tak ada, jika kami balik, memang akan tapau makanan. Dulu, memang kena masak la untuk mak untuk makan tengahari kan. Sekarang, ikut dan aje la.. kecuali kalau ada Kak Roz, beliau la yang akan masak. Sk jangan diharap. Dalam medsos, kemahen good-good tayang masak itu masak ini. Sampai rumah mertua, hare! Hahahaha.
Pak Inche ajak tapau Nasi Arab El Humaira. Sk tak pastilah memang taukenya arab atau melayu, tapi staf semua melayu.
Tiada dekorasi ala arab dalam restoran kecuali di atas meja consol depan kedai ada teko-teko ala arab. Ruang makan ada di tingkat bawah dan atas. Ramai jugak pelanggan yang datang nak makan tengahari sebelum masuk waktu solat Jumaat.
Ada beberapa pilihan saiz dan ada family pakej. Bagi ayam saiz kecil, ayam dipotong lapan.
Nasi Mendy Ayam Saiz Biasa, RM15.
Nasi Mendy Kambing Saiz Biasa RM24.
Setiap set datang bersama salasah, sos harrah dan sup. Sk tambah sos sampai dua, rupanya cukup jer la sos yang disediakan tu, hahaha. Tapi kambing dia sikitttt. Untuk harga RM24 tu cam tak baloi dua keping nipis jer kambingnya. Sup sedap cuma sos harrah tu tak macam kat kedai nasi arab la.
Tapi, syukurlah.. nampak kak berselera sungguh makan. Doktor pun tak ada suruh pantang ke apa, kita bagilah dia makan sedap sikit sebelum kena berpuasa esok. Kak ipar Sk sebenarnya telah disahkan menghidap kanser payudara dan akan menjalani pembedahan esok. Antara sebab yang membawa kami sampai ke Kuala Ketil hari ni. Semoga pembedahan berjalan lancar dan selepas itu kak akan menerima rawatan kemo di Kuala Lumpur. Di KL nanti, ramai yang boleh jaga, insyaAllah.
Doakan ya!!
Bagusnya kedai ni ada sediakan pilihan saiz hidangan. Siap ada keluarga kecil, keluarga besar 😀
ReplyDeleteSemoga Allah permudahkan urusan pembedahan kak ipar SK dan cepat sihat.
lama tak makan nasi arob ni kak oi
ReplyDeleteSemoga urusan perawatannya berjalan lancar dan dipermudah
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan pembedahan kak ipar
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan urusan pembedahan kakak ipar SK. In syaa Allah.
ReplyDeleteallahu...semoga dipermudahkan urusan buat Kak Ipar SK...
ReplyDelete