MAKAN DI SALAI WAGHIH DEN TD POINT

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT

SEMALAM.. telah dikeluarkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2022. Tahniah kepada anak-anak yang telah mendapat keputusan. Ini bermakna, anda telah selangkah ke hadapan dan selangkah lagi bakal meninggalkan alam remaja. Mungkin ada yang telah bekerja dan mula berdikari. Mungkin ada yang sedang merancang untuk sambung pengajian dan mula mengisi borang UPU. Semoga kejayaan bakal menyusul nanti.. insyaAllah.. usaha, doa dan tawakal.

Semalam juga, Sk dan sebahagian rakan-rakan kolej terlibat dengan Program Gerak Gempur SPM 2023 bagi mengisi kapasiti pelajar jurusan kemahiran di kolej disamping melengkapkan portfolio apabila mengisi borang Sasaran Kerja Tahunan nanti. Kami diberi kebebasan memilih sekolah dan surat memohon kebenaran sekolah juga telah diuruskan. Sk dan Naza bertugas di SMK Taman Daya. Kami bergerak dari kolej sebelum jam 9 pagi. Dah sampai sana baru teringat, alangkah bagusnya jika bergerak lebih awal dan bersarapan dahulu di Kopitiam Nona memandangkan ruang pameran cuma akan bermula jam 9.30 pagi. Lupa langsung di Taman Daya ada kopitiam best! Hahahah.


Asyik lalu-lalang iklan Restoran Masakan Nismilan, Salai Waghih Den, ni, di timeline fb. Sekarang ni, restoran masakan lemai salai, dah macam cendawan tumbuh lepas hujan di Johor (JB). Pak Inche pulak, tak begitu gemar masak lemak cili api ni. Kalau ajak dia makan Nasi Kandar, sukalah dia. Restoran Nasi Kandar pun dah banyak tau kat Johor sekarang cuma tak berapa nak ori la. Kadang, macam restoran mamak aje pun tapi claim, Nasi Kandar.


Dah terlanjur bertugas di Taman Daya, Sk mengajak Naza ke Salai Waghih Den yang terletak di TD Point, Taman Daya, selepas selesai tugasan. Sk pernah beberapa kali ke TD Point, makan di Adam's Kitchen, masa tu belum banyak lagi kedai dibuka di TD Point ni. Lama betul tak datang sini, rupanya Kedai Eco pun dah buka tau.. terus berangan lepas makan nak pergi Eco, hahahah. 


Terkejut jugak sebaik sahaja masuk ke dalam restoran kerana walaupun menghidangkan masakan asli nogori namun hiasan dalamannya lebih kepada moden kontemporari dan kelihatan mewah. Memang tak ada ciri-ciri kampung langsung, walaupun begitu masih kelihatan klasik dengan jubin lantai yang biasa kita lihat dipasang di tangga batu rumah Negeri Sembilan dan Melaka yang ado-ado. Masa kami sampai, pelanggan dah ramai, waktu makan tengahari kan. Mujur masih ada meja kosong untuk kami berdua. Jom kita tengok menu.


Seperti trademark-nya, Ghaso Asli Nismilan, ia menghidangkan 100 peratus menu masakan tradisi Negeri Sembilan.


Boleh pilih lauk ikut bajet masing-masing. Kalau tengok gambar, macam mahal juga tapi kalau tengok restorannya kira berpatutan la harga makanan dan suasana. Kalau makan bawah pokok mungkin mahal la harga yang ditawarkan ni, hihi. Nasi kena beli lain ya, itu harga lauk saja. Nasi sepinggan RM2. Eh, dia ada set dulang juga kot la datang ramai-ramai atau sekeluarga besar, kan. 


Set A mengandungi Daging Salai Masak Lemak, Tempoyak Daun Kayu dan Telur Dadar serta dua pinggan nasi putih. Bila Sk kira-kira balik, tak ada penjimatan pun ambil set A ni, sama macam kita ambil ala carte jugak kecuali la jika kita ambil set ni siap dengan minuman sirap untuk dua orang.


Yang ni, kalau kita ambil Set B jimatlah RM3. Yang set C dan D ni malas nak kira la. Cuba pembaca kira sendiri, hehehe. Sk dan Naza pilih ala carte, masing-masing nak makan Keli Salai. Sk nak pesan daging salai tapi dah remaja purba ni ada masalah sikit tiap kali makan daging mesti sakit gigi, hahahaha. Kemudian, staf dia datang, beritahu keli tak ada.. huhuhu. 


Naza tukar kepada ayam, Sk tak nak ayam sebab ayam dia bukan ayam salai, pilihlah daging jugak. Pasrah ajelah makan daging, hahaha. Daging salai dihiris nipis dan lembut bila dikunyah, dimasak lemak cili api stail nogori bersama belimbing buluh. Phewwww.. sedap giler dan banyak jugak la semangkuk tu boleh kongsi dua orang. Nak tambah lauk, Sk cadangkan anda ambil telur dadar. Terasa salai dalam kuah daging tu cuma tak pedas la bagi Sk, pedasnya biasa-biasa aje. Tapi kalau pedas sangat, hilang nikmat makan nanti, campur datang sakit dada pulak, kan.. hahaha. Rasa lemak salai daging dan lemak ayam, berbeza, dan kedua-duanya pun sedap. Naza yang baru balik out station dari N9 cakap, hari tu dia makan kat sana, pun tak sesedap di Salai Waghih Den ni. Dalam lemak ayam tu ada hirisan daun kunyit tapi dalam daging, tak ada. Bau salai tu melekat sungguh ya, sampai lepas cuci tangan lama pun bau salai tak hilang, hahaha. Paling best, tak ada sakit gigi kalau tak manjangnya sakit gigi tiap kali makan daging.. hahaha.

Sebab tak ada sayur yang berkenan nak digandingkan, kami ambil ulam. Ulamnya pelbagai seperti Ulam Raja, Daun Selom dan Pegaga satu set dengan Sambal Belacan, RM7. Bagi Sk, mungkin SWD boleh buat dua pilihan porsi ulam iaitu saiz kecil dan besar untuk dipilih pelanggan. Mungkin ada yang tak makan ulam banyak sangat, rugi la kalau tak habis. Kalau seorang jer yang makan ulam, jenuh oi nak habiskan, tak habis, rugi pulak membayar mahal-mahal, huhu. 


Dia punya sedap tu, sampai menghirup hingga ke titisan terakhir tau! Orang kata, kalau kita nampak pelanggan makan sampai sendengkan mangkuk tu, maknanya kompomla sedap.. hahahaha. Tapi, tu di tekak Sk la, kerana sedap ni subjektif kan. Jangan pelik bila makanan yang orang lain kata sedap, tak sedap di tekak kita. Kita pun tak boleh konsisten masak kari atau asam pedas sentiasa jadi sedap.


Lepas makan, singgah Eco pulak. Eh, best giler la Eco di TD Point ni, banyak sangat pilihan, sampai tak jumpa jalan keluar, hahahahaha.. hahahaha. Nanti nak repeat lagi la Salai Waghih Den dan Eco TD Point. Dahlah depan-depan jer, hahahahaha.

Nak ke sini, waze aje TD Point Taman Daya. Kemudian pusing jer satu pusingan parkir tu sampai habis, Salai Waghih Den di hujung bangunan sederet dengan Cawan Mas Kopitiam.

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. seronok tengok anak kawan2 ambil keputusan SPM,tak sedar sama2 meleleh airmata gembira.
    licin mangkuk tu memang confirm 'pohpalih sedak'

    ReplyDelete
  2. Merata dah orang jual menu salai salai ni kan... Hidangan set macam lagi berbaloi dari ala carte. Sedap tu maknanya akan datang lagi lah. hihi..

    ReplyDelete
  3. set dia pun nampak mampu milik lagi... nampak pekat likat sayur lomak nya

    ReplyDelete
  4. Huiyo hirup kuah. Oklah tidak pedas sangat. Nanti air yang lagi banyak minum.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!