Assalamualaikum WBT
SEJAK malam semalam, Sk marathon k-drama netflix series, Bloodhounds yang mendebarkan. Drama 8 episod ini mengisahkan tentang kehidupan warga Korea semasa pandemik yang terjerut akibat diperangkap dengan hutang oleh lintah darat terpaling kejam. Banyak adegan pergelutan dan pertumpahan darah sampai rasa susah nak bernafas, hahahaha.
Pagi ni, sarapan Kuey Teow Celup yang ditapau dari Restoran Tomyam Ainoni petang semalam. Tapau tu untuk makan malam sebenarnya dengan Nasi Daging Merah dan Sup Ekor untuk Pak Inche. Balik kerja terus beli untuk makan malam sebab malas nak keluar semula. Tapi, bila dah malam rasa macam kenyang nak makan sebab petang tu dah pulun makan berkeping-keping Popiah Otak-Otak dan Karipap Sardin, hahaha.
Banyak kali dah datang sini, Sk cuma makan Kuey Teow celup cuma tak berkesempatan lagi nak tulis di blog. Semalam tu la pertama kali bungkus. Sedap sangat sup dia tu. Selain kuey teow, boleh pilih mi kuning, bihun atau mi segera (maggi).
Pak Inche makan Nasi Paprik dengan Sup Tulang.
Mee Celup lagi sebab sedap sangat. Tak pernah jemu, hahaha.
Ni tiga-tiga beranak makan Kuey Teow Celup.
Ni masa bila pulak ek? Dah tak ingat, hahaha.
Saya pulak, suka maggi celup, kalau pergi kedai tomyam. Sup dia, sedap, kan.
ReplyDeleteTu la, lain kali nak maggi celup pulak. Sup dia lagi sedap dari Johnnys Rest.
Deletemee celup sini takde telur rebus kak... terliur lak nengok
ReplyDeletekalo jenis menu celup ni suka bihun celup...1st time tgk ada menu telur dlm tu...
ReplyDeletesedap2 semua menu kat sana. di Kelate ni mmg popular mee celup sbg hawker's food.
ReplyDeleteCantik kuah mee celup & kuetiaw celup.
ReplyDeletetetiba terigin plak nak makan mee celup ni. tapi mama tak penah cuba lagi versi kue teow
ReplyDeleteberbaloi repeat byk kali...nampak sedap..
ReplyDelete