MASAK KARI TULANG RUSUK LEMBU

Seri Kandi Tanah Jauhar
10

 Assalamualaikum WBT

KENYANG makan Tosai Rawa di Ashoka, Sk tak bercadang untuk makan tengahari di luar jugak. Cadangnya masak sendiri jer di rumah, dan masak lambat sikit, tunjuklah rajin sekali-sekala, hahahaha. Teringatlah ada tulang dalam peti ais, masak kari pun sedap sebab tuari kan dah tersalah masak. Kisahnya, masa tu Pak Inche beli tulang minta masak kari, tapi Sk terlupa pergi masak sup. Jadi, mehlah kita tunaikan janji yang dah berbulan-bulan tak dicapati ditepati, hehehehe.

Itupun dah dekat pukul 12 baru teringat nak merendam (defrost) tulangnya, padahal dah pergi dapur nak rendam tulang, tapi lain yang dibuat. Lepas tu, boleh sedap-sedap landing tengok k-drama, hahaha. Oh, sekarang ni Sk tengok cerita The King : Eternal Monarch. Cerita tahun 2020 ni, orang lain dah lama khatam agaknya, hahaha. Balik cerita nak rendam tulang tu, cari tulang lain tapi jumpa tulang rusuk. Baru teringat, Pak Inche beli tulang rusuk lembu dari Gerai Daging Faisal depan Restoran Thoufeeq tu. tak silap, masa puasa lepas. jadi, kita masak tulang rusuk aje laaaa. 


Tayangan dari dalam periuk, hehehe.
Tulang ni, Sk rebus sekejap dua kali dalam kuali dulu, dan buang air rebusan pertama dan kedua tu, kemudian bilas dengan air paip dan masukkan dalam periuk tekanan (noxxa). Dalam kuali, Sk tumis empat sekawan, bawang merah ditumbuk halus, daun kari, rempah kari, serbuk cili dan serbuk kunyit sehingga terbit minyak dan sebati, kemudian tuangkan bahan rempah yang ditumis dalam periuk, tambah air sedikit secukupnya paras tulang, tutup periuk dan setkan HP 60.

Resepi Kari Tulang Rusuk Lembu

1 kilogram tulang rusuk lembu
1/2 cawan minyak masak
2 biji bawang besar merah ditumbuk halus
1" halia ditumbuk halus
4 ulas bawang putih (tak perlu kupas), cuci bersih dan pecahkan
2 kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
3 tangkai daun kari
Minyak untuk menumis
5 sudu rempah kari (Sk guna Cap O)
1 sudu serbuk cili 
1 sudu kecil serbuk kunyit
Air secukupnya
3 keping asam gelugor
Garam secukup rasa
Ajinomoto

Cara Memasak :

1. Rebus sekejap rusuk lembu, buang air rebusan. Kemudian rebus lagi sekali, buang air rebusan dan bilas tulang dengan air, kemudian masukkan dalam periuk tekanan.

2. Dalam kuali, panaskan minyak masak, kemudian masukkan kulit kayu manis,bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih, biar sekejap.

3. Kemudian masukkan bawang besar merah dan halia yang ditumbuk halus serta bawang putih yang dipecahkan. (Sk kalau masak kari, tak buang kulit bawang putih, cuci bersih, kemudian pecahkan atau tumbuk kasar)

4. Tumis sehingga bawang layu dan harum, kemudian masukkan daun kari, kacau sebentar.

5. Barulah dimasukkan rempah kari, serbuk cili dan serbuk kunyit, tambah air secukupnya dan kacau sebati sekali-sekali, biar terbit minyak. Tambah air, kacau lagi agar tidak hangus, biarkan terbit minyak dan ulang sehingga 18 kali rempah cukup masak. Macam mana nak tahu? Bila minyak mula bergenang atas permukaan rempah dan rempah cantik likat dan berkilat.

6. Masukkan rempah yang siap ditumis dalam periuk tekanan, tutup periuk, kemudian set HP (high pressure) 60. Set tombol kepada pressure. 

7. Apabila selesai HP, lepaskan wap, kemudian, tambah air secukupnya, masukkan asam gelugor, kacau sebati. Masukkan garam secukupnya dan ajinomoto.

8. Masukkan cili padi jika suka pedas dan tomato (Sk tak ada stok tomato). Kentang pun ilek, hehehe.

Oh, boleh jer kalau nak masak atas api guna periuk biasa, tapi mungkin kena rebus dulu tulang rusuk tu.


Oh, kalau makan lauk kari wajiblah goreng papadom!
Jadi, kena pastikan stok papadom ni ada dalam kabinet, sebelum masak kari, hihi.


Langkah kanan, Iman balik rumah nak ambil kasut. Malam tu, Iman ada program Makan Malam Fakulti. Dapatlah makan sama tiga beranak, syukurrrr Alhamdulillah. Sedap eh kari Sk ni, maklumlah, bayangkan lebih 20 tahun kahwin tu, kalau seminggu sekali masak kari, mahu tak terrornya, hahaha. Tapi, masa awal kahwin dulu, ke laut jugaklah terutama kalau masak kari ikan, tak pernahnya sedap. Nasiblah boleh cover dengan sambal belacan, hahahaha. Ni, makan pun dah dekat pukul 3, set HP tu, sejam jugak, kan. Tapi berbaloi, la, lerai isinya. Pukul 4 lebih, bersurailah tiga beranak. Iman balik kolej, Pak Inche bertugas International Club Friendly antara Pasukan JDT vs Albirex Niigata di Stadium Sultan Ibrahim. Sk??? Jadi tapak sulaiman laaaaa... hahahaha.

Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kalau masak kari kena ada papadom kan...baru la nalla.....lama dah x masaka kari tulang rusuk...kena buat gak ni

    ReplyDelete
  2. sedapnya kak dapat cicah roti jala ke dengan lempeng ke...org dekat umah ni pun kalau tak dapat kari dalam seminggu tak senang duduk makan nasi tak kenyang

    ReplyDelete
  3. Wah….nampak sangat2 sedap ni SK. Siap ada papadom pulak, ngam!

    ReplyDelete
  4. Bau kari sampai ke sini, SK, oii...
    Oh, sungguh syedap!

    ReplyDelete
  5. hahaha sama lah kita, tiap minggu makan kari tapi kari tulang ni tak pernah masak lagi. Nak try jugak lah lepas ni

    ReplyDelete
  6. Sedapnya tulang rusuk lembu masak kari. Kita ada tulang tengkuk lembu jew.
    Hari ini kita masak kari juga, tapi kari sotong.

    ReplyDelete
  7. Lamanyaa tak makan kari tulang.. lately ni nak masak, malas betul..

    ReplyDelete
  8. ammi tak pernah lagi masak kari daging lembu (atau apa2 bahagian lembu)...kalau kambing tu biasalah.

    ammi pun tak pernah tengok lagi cerita The King : Eternal Monarch tu

    ReplyDelete
  9. sedapnya...daging lerai dari tulang...mkn kari best kalau buh kicap...telan ailio dah ni...haha..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!