MAKAN LEMPENG KELAPA SAMBAL HIJAU DI KEDAI KOPI REMAJA

Seri Kandi Tanah Jauhar
10

 Assalamualaikum WBT

HARI Ahad lepas, Pak Inche kata, nak pergi Pasar Orang Asli di Permas. Tu yang dia hantar Sk ke pejabat sebab kakinya gatal kan nak merayap kat pasar. Pak Inche memang macam tu la sejak azali, suka sangat ke pasar, bertentangan dengan Sk yang tak suka ke pasar, hahahaha. Menurut cerita Pak Inche, sejak kecik dulu dia la yang selalu ikut bapak dan mak ke merket atau kedai runcit. Kalau dengan bapak, Pak Inche akan duduk di hadapan di atas palang basikal. Kalau dengan mak, Sk tak pasti la, naik prebet sapu ke, jalan kaki ke? Sebab kalau tengok rumah lama mereka di estet dulu, jauh jugak nak ke kedai runcit atau merket tu. Eh, orang sekarang tahu tak apa prebet sapu??? Hahahaha.

Sebelum ke pasar, Pak Inche ajak sarapan dulu. Dia mintak idea nak sarapan kat mana? Entahlah, Sk pun tak ada idea sebab Sk jarang sarapan kat luar, kan. Pak Inche ajak ke Kedai Kopi Remaja atau Restoran Remaja di Bandar Baru Uda (BBU). Selalu nampak orang ramai tapi dia tak pernah singgah. Sk tahu juga pasal restoran ni dah buka kedai sarapan, dulu-dulu dikenali sebagai Restoran Seafood Remaja yang membuka perniagaan di Taman Kobena. Lepas kawasan Medan Selera tu diruntuhkan, mereka pindah ke BBU. Masa dekat Taman Kobena dulu, Sk selalu la ikut Along dating kat situ, Sk pun masih remaja masa tu, hahaha.


Tergamam sekejap bila sampai depan restoran. Walaupun selalu jer lalu depan kedai tu, baru perasan, ada kedai lain dengan papan tanda Kedai Kopi Remaja. Di hadapan kedai, bersusun-susun pelbagai jenis makanan berat hinggalah segala aneka macam kuih berwarna-warni untuk sarapan pagi. Capai sahajalah ikut selera dan poket masing-masing. Dari luar kedai hingga dalam kedai, tiada meja kosong. Kami beralih ke Restoran Seafood Remaja. Sama tauke dan sama perniagaan cuma terpisah dengan sebuah lot lain.

Sk meletak semula nasi lemak daun pisang bila nampak lempeng kelapa di kaunter. Sebelah lempeng kelapa ada sambal hijau dan sambal merah, Sk pilih yang sambal hijau untuk cicahan lempeng kelapa. Ada ubi rebus juga dan macam-macam lagilah. Rambang anak tekak kita dibuatnya. Pak Inche macam biasalah, nasi lemak bungkus dan dia pesan juga sekeping roti canai. Semasa makan tu, kan.. Sk perhati orang ramai datang berpusu-pusu macam ada kenduri. Macam ada makan free, hahahahahaha.

Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Hadoi mesti pedas berapi sambel ijo tu
    Panas perut 38 C

    ReplyDelete
  2. Saya pernah g Kedai Kopi Remaja tuu..Macam macam ada, rambang mata dibuatnya....Pernah beli Lontong situ.. suggested ✅😁

    ReplyDelete
  3. Nasi lemak sedap, lempeng kelapa pun sedap. Memang rambang anak tekak ni SK 😃
    Nama kedai, kemain eh…’remaja’. Lepas makan boleh kembali remaja tak ek?

    ReplyDelete
  4. Sedap x cicah sambal hijau? SA selalu cicah sambal bilis x pun sambal sardin je

    ReplyDelete
  5. mmg rare ni ..biasa mkn lempeng ngan sambal bilis

    ReplyDelete
  6. First time tengok makan lempeng kelapa dengan sambal hijau. Mau berapi tu!

    ReplyDelete
  7. Kita dulu biasa naik prebet sapu.
    Woooo.... sodapnya lempeng kelapa sambal ijo!

    ReplyDelete
  8. generasi sekrg kenal grab je..hihi...perghh, sambal hijau kt lempeng kelapa tu menggugah jiwa...

    ReplyDelete
  9. Sedapnya lempeng kelapa dengan sambal hijau. Banyak pilihan untuk sarapan pagi, berbaloi ke situ.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!