Assalamualaikum WBT
YEY! Dah khamis.
Malam tadi, Pak Inche pesan agar panaskan murtabak yang beli kat pasar malam isnin lepas untuk bekal sarapan beliau hari ini. Dah tiga hari murtabak tu tersadai dalam peti sejuk, tak jugak dimakan. Apa tidaknya, sejak kongsi kereta dengan Pak Inche, Sk rasa semacam letihnya. Selalu, pukul 6 dah sampai rumah, walaupun banyak kerja dibuat bila sampai rumah tapi tak sepenat menunggu Pak Inche balik kerja. Jadi, memang tidur awal la tiap-tiap malam. Memang kelupaan la ada murtabak dalam peti sejuk.. hehehe.
akak macam mana cara simpan daun bawang frozen?saya selalu frozen jadi berair lembik lunyai dah tak berseri nak masuk dalam masakan
ReplyDeleteDaun tu kena potong/hiris siap2, kemudian masuk dalam bekas.
DeletePastikan juga daun tu kering sebelum dihiris. Cuci dan gantung bagi tos airnya, Afzan. kemudian baru hiris/ potong kecik.
DeleteMemang multi-tasking betul SK ni, sambil tunggu daging empuk sempat lagi pergi berbedak hehe. Itulah perempuan kan. Nasi lemak daun pisang makan sebungkus memang tak cukup apa lagi kalau portion comel.
ReplyDeleteBagus PI dia sejenis yg x membazir, boleh mkn loklam yg dh bermalam² 😅 ada jenis spesis lelaki masak utk lunch, dinner x boleh repeat lauk yg sama... aaaa lecehhh laki mcm tu sib baik lah ayah #theIMANs bkn spesis mcm tu
ReplyDeletejarang guna daging buat perencah...nampak sedap nasi goreng daging, kalau ada air asam...terbaik..teringat nasi daging pulak..huhu..
ReplyDeleteNasi lemak sudu plastik... nasi goreng sudu besi...
ReplyDeleteIni diskriminasi! Hehehehe
Sedapnya tengok nasi goreng daging SK. Oh, ada guna kiub pati lembu. Haruslah sedap.
ReplyDeletekalo goreng nasi suka ltk daging...yum222
ReplyDeleteNgam tu SK. Nasi goreng daging bubuh pati lembu.
ReplyDelete