JALAN-JALAN & MENGINAP 3H2M DI NEO+ PENANG HOTEL

 Assalamualaikum WBT


PENANG.. kami datang lagi!

Kali ini, Pak Inche membuat tempahan bilik di Neo+ Penang Hotel yang terletak di pusat bandar Georgetown. Kali terakhir kami ke Penang akhir tahun lepas, menginap di Mercure Penang Beach yang terletak di Tanjung Bungah. Tujuan utama ke Penang kali ni kerana Pak Inche mengikuti saingan liga Penang vs JDT yang berlangsung pada hari Sabtu di Stadium Bandaraya Pulau Pinang. Lepas makan Nasi Kandar Imigresen, kami ke Pasar Chow Rasta dulu sebelum check in di sini.


Tapi nak cerita, masa nak masuk bilik, pintu gagal dibuka. Terpaksa tunggu maintenance tolong baiki. Baru jer Pak Inche nak minta tukar bilik lain, pintu pun berjaya dibuka.


Dekorasi dan susun atur perabot dalam bilik, ada kelainan dari mana-mana penginapan Sk sebelum ini. Ruang tidur dan ruang kerja diasingkan oleh satu panel kayu bersilang di mana televisyen disangkutkan. Bilik agak luas dan kali ni kami ambil extra bed untuk Iman.


Ruang kerja dan ruang mengopi.


Kopi duluan baru jalan-jalan cari makan.


Air bertapis disediakan di laluan/koridor setiap aras. 


Bilik air pun sangat luas tapi shower dia tak best, hahaha.


Mengintai dari tirai cermin kamar mandi.


Petang tu, Pak Inche naik grab ke stadium. Malamnya, Sk dan Iman berjalan kaki ke cawangan Restoran Sup Hameed yang terletak di bangunan hadapan hotel. Pak Inche ajak ke stadium jugak sebenarnya tapi Sk lebih rela lepak di hotel, hahaha. Sebelum tu, Iman buat pesanan makanan di Grab Food tapi rider minta batalkan atas sebab tertentu, tu yang kami terpaksa keluar jugak cari makan.
Sk pesan semangkuk Sup Campur dan Roti Benggali manakala Iman makan Murtabak Ayam. Cuma tu aje menu yang ada, hampeh tol! Hampir nak habis makan, hujan mula turun rintik-rintik.


Sampai bilik, sekali lagi pintu tak berjaya dibuka. Nak marah tapi kena sabarrrrr. Malam tu tunggu Pak Inche balik, kotlah dia tak boleh buka pintu lagi sekali kan, eh, sekali boleh pulak buka. 

          

Punyalah lama tunggu sampai kebosanan. Bila bosan jadik laparrrr.. hahahaha. Maggi Cup ni Sk beli masa pergi mana tah, angkut aje la sebelum bertolak hari tu, suka bawa maggi standby kalau lapar malam-malam. Pagi esoknya, Sk kemas semua barang siap-siap sebelum keluar sarapan, nanti kalau pintu tak boleh buka lagi, Sk nak terus mintak tukar bilik, huhu.


American Breakfast wajib la kan bila buffet breakfast di hotel.

        

Iman ada kuliah online. Untunglah budak sekarang, boleh kuliah sambil makan.


Kuliah sambil makan Kuey Teow.


Kuey Teow dia sedap.


Nasi Lemak pun sedap.


Makan bubur nasi sambil kuliah. 


Lepas breakfast, naik bilik, syukurrrr.. pintu bilik tak ada masalah untuk dibuka. Terus masuk selimut semula, hahahaha.


Baru jer nak mimpi-mimpi, Iman bagi cadangan, bonda dan babah, pergilah tapau Mee Sotong sebab pukul 2, dia ada test online pulak. Nanti lapar nak tunggu test habis (test 2 jam). Oh, masa masuk parking hotel, ambil kad parking macam biasa tapi bila nak keluar masuk, imbas kad bilik sahajo. Kad parking tu jangan kalian buang pulak sebab nanti last sebelum check out baru dia verified dan kena keluar guna kad tu.


 Kami ke Padang Brown, Food Court Padang Kota tutup hari ahad rupanya. 


Adoi, sedapnya udang... tapi Pak Inche tak kasi ambik udang, hahahaha.


Gerai Mee Sotong.


Sambal Sotong Kering sekuali. Mee Sotong tu, mee goreng mamak kemudian nanti dah siap goreng, dia letak la lauk sotong ni tepi mee goreng, tu namanya Mee Sotong.


Belum pukul 1.. kami pelanggan pertama, tu pun tapau.


Tapau Sirap Sarbat sekali


Banyak giler restoran nasi kandar di Penang ni tapi tak tahu la kenapa restoran tertentu jer orang beratur bagai nak rak πŸ€”πŸ€”πŸ€”


Iman study untuk test petang sambil makan Mee Sotong dan minum Sirap Sarbat (Ais Tingkap). Sedap lain macam mee sotong kali ni, maklum, makan dalam suasana dingin. Mujur la tapau makanan duluan sebab test Iman pospone pukul 3.30. Bonda babah pulak  ambil kesempatan untuk zzzzzzz.


Pukul 5.30 baru selesai ujian. Kami ke Batu Feringgi, nak tengok pantai dan cari laksa ka.. rojak ka.. cendoi kaaa.. Sejam jugak nak sampai, jemmmm!


Kami ke Pantai Batu Feringgi. Dah namapun batu, kan.., pasir pantai kasar dan berbatu dengan taburan cengkerang. Ramai orang mandi manda kat sini. 


Singgah ke gerai tepi pantai ni.


Iman makan Laksa.


Pak Inche makan Bihun Sup Utara.. sedap bihun sup. Sk jamah je, macam malas nak makan. Lepas tu, kami pi tapau Nasi Kandar untuk makan malam sebab lepas mandi dah malas nak keluar meredah jalan. Tu nanti Sk cerita lain, eh.


Esoknya, Pak Inche ajak sarapan di Astaka Taman Tun Sardon. Tapi, sebelum tu sarapan di hotel dulu.


Pilihan Sk seperti selalu.. ada Bihun Goreng dan Nasi Lemak Pandan tapi Sk tak ambil. Sk makan jugak Pau, Siew Mai dan Samosa. Aim nak makan Serabai kat Astaka pulak, hahahaha.

        

Rajin pulak Iman buat mee sup.


Lepas breakfast terus check out! 

Dari hotel kami ke Astaka Taman Tun Sardon tapi...


Tutup pulak gerai Serabai ni haaaaaaaaaa...


Pak Inche memang nak makan Apom. Harga Apom, 1 set/5 keping, RM3.50. Sedap sangat apom dia, cair di mulut wehhhh.


Sebab sedap sangat, beli lagi 1 set, hahaha. 


Ada mama kucing datang beramas mesra.


Manja nau nau.. kesian tengok kucing gelandangan ni tau.


Perjalanan balik ke Johor lancar dan sesak sekali sekala sehinggalah trafik mula tak bergerak berhampiran Gua Tempurung. Dia punya tak bergerak tu, sampai dah macam berhenti lama kat traffic light ya... jenuhhhhhh!

Post a Comment

10 Comments

  1. wahh... semua best. kecuali bab pintu je yang tak best ye...

    ReplyDelete
  2. jalan2 ke utara mesti la kan pekena nasi kndar
    semua bestt menu2nya
    terliur sy tgk apom tu adoii lama x mkn

    ReplyDelete
  3. tq sharing SK, kak ana ada cadang nak staycation Penang juga hujung bulan nanti.. baca info dapat hari ni :)

    ReplyDelete
  4. bestnya jenjalan penang kak, makanan kt sana memang best cuma itulah sana sini sesak jln dia mengalahkan KL sesak nya hehehhe

    ReplyDelete
  5. Besaw nya bilik..tapi spoil pintu pulak yer..
    Rindunya Batu Feringgi..tempat Ali Setan dan Asmida bercinta😍
    Nanti batch 23/24 punya siswa katanya hanya bersemuka sem 1 & akhir saja..yg lain..online

    ReplyDelete
  6. Memang beruntung sungguh budak zaman sekarang, banyak perkara boleh dilakukan dengan hujung jari saja. Best kan Iman!
    Aunty tengok raut wajah Iman makin berseri-seri sejak akhir-akhir ini.
    Iman pakai skincare jenama apa ye?

    ReplyDelete
  7. saya pergi Penang bulan 1 hari tu semata-mata untuk Serabai tu....pun tutup masa tuu....frust sungguh!

    ReplyDelete
  8. Saya dah 3 thn menetap di Penang (tanah besar). Tapi baru sekali je ke Astaka tu πŸ˜…, sempatlah merasa Serabai & Nasi Lemuni.

    Leceh jugak ya pintu asik tak boleh bukak.

    ReplyDelete
  9. Saya last sekali pi Penang, tak tahu mana tempat nak tuju, makan sedap. Hehe... dah lama tak nampak apom.

    ReplyDelete
  10. Eh, dua kali komen...ahaks!

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih