Assalamualaikum WBT
TOK sah berangan nak jadi permaisuri sangat ya, lepas check-out Thistle Johor Bahru, makna, berakhirlah impianmu. Dah namapun raja sehari, kan.. hahaha.
Pak Inche ajak ke Pendas, lama tak makan ketam, katanya. Ada-ada jer la dia ni.. tapi sampai Pendas, tengok gerai ikan yang selalu kami pergi tu tutup. Tak tahulah memang tak buka atau memang tutup hari tu, sebab biasa Pak Inche datang hari ahad, kan. Tengok-tengok gerai yang lain, kebanyakannya sedang membersihkan gerai masing-masing. Agaknya dah habis berniaga la, jarum jam menunjukkan hampir ke angka 1.
Kami masuk sampai hujung, masa lalu di bulatan tu (siapa pernah pergi Pendas, tahulah kan), nampak ada abang dan kakak suami isteri tengah siang ketam. Terus pusing balik, tanya ketam ada tak? Alhamdulillah, ada lagi, kakak tu keluarkan seplastik ketam masih nyawa-nyawa ikan dari dalam tong oren. Ketam saiz tapak tangan Zulaikha la kot, sekilo RM25. Pilih punya pilih, dah 8 ekor, ngam RM25. Petang, barulah Sk masak ketam untuk makan malam. Pak Inche minta masak sambal, ketamnya Sk garam kunyit dan goreng dahulu tiga suku masak. Sengaja tak potong dua, biar adil masing-masing makan ketam yang sama, hahahaha.
Ketam Masak Sambal
Sk tambah cuka sesudu, pes asam jawa pun letak juga. Masak sambal kena letak gula secukup rasa baru sedap. Dua sudu besar tu sedang eloklah manisnya.
Tak ada mangkuk besar, letak semua dalam bekas besar ni. Pak Inche makan tiga ekor, Sk makan seekor. Sk suka jer makan ketam tapi seekor dah cukup la, lagipun Sk ni jenis makan lambat dan teliti tau, lagi la ketam, sampai Pak Inche datang dapur semula dia tegur, tak habis makan lagi? Sambil gelak-gelak. Hari tu masa kenduri Sis Lin pun, semua kat meja tu dah habis makan, Sk jer yang masih tenang menikmati hidangan, hahaha. Okey, ada baki lagi empat ekor, kita tutup terus bekas ni masuk peti sejuk, tu la
loklam Sk cakap tu.. takkan nak bawa bekal lauk ketam pergi pejabat, mahu dua jam nanti SK rehat, hahahaha.
Disebabkan kelmarin tu dah beli
Nasi Beriani dan Nasi Dagang kat pasar malam, maka malam tadi la baru panaskan Ketam Masak Sambal ni. Itupun sebenarnya semalam, Pak Inche ajak pergi pasar malam Taman Tampoi Utama tapi Sk kata, baik habiskan ketam tu kalau tidak nanti isinya mengecut dan tak sedap dah. Ketamnya walaupun kecik tapi isi penuh, tapi tu la, masa beli tu tinggal seekor jer betina, jadi tak dapatlah makan telur ketam goreng kunyit.
Mujurlah ada Telur Ayam, hahahahaha. Tanya Pak Inche, nak telur dadar ke telur kicap, dia mintak telur kicap. Kita gorenglah ikut citarasa suami, citarasa isteri tak kisah, janji lepas makan boleh bersandar layan drama Korea, huwa huwa huwaaaaaaaa!
Yang penting pak inche dapat telur kicap dia.... hehehhe
ReplyDeleteAlaaa...sedapnya sambal ketam...
ReplyDeleteKetam sambal sedap tapi fikir banyak kali nak makan sebab malas nak kopek. Hahahaa
ReplyDeleteSy x brp suka ketam tp sampai skrg masih teringat² ketam masak lemak cili api yg arwah makcik sy pernah buat dlu... lauk ketam tu lah yg paling mantop bg yg bkn peminat ketam mcm sy
ReplyDeleteLama tak makan ketam, asyik jumpa yg kecik2 je...
ReplyDeleteehh murah lah ketam sekilo RM25. tu.. sedapnya especially ada telur
ReplyDelete