MAKAN DI RESTORAN MEE REBUS RAMLI & A&W

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT

SEMALAM, nampak Mamatisya post tentang beliau makan di Restoran A&W, baru teringat, persinggahan kami ke cawangan restoran tersebut semasa balik dari Pulau Pinang pada awal bulan ini. Kami ke cawangan A&W di Restoran Jejantas Ayer Keroh. Gedebak-gedebuk, makan tiga beranak aje dah lebih RM90.. sikit lagi nak seratus.. pitam!

Sebelum tu, singgah di Tapah nak makan tengahari. Tengahari pun tak tengahari sangat dah, lauk kat Ikan Bakar Tapah tu pun dah tinggal koret-koret.  Jadi, kami ke Restoran Mee Rebus Ramli, mujur ada meja ya sebab pernah datang full house. Gembira rasa di hati dapat Pucuk Ubi Masak Lemak dan Ikan Keli juga masak lemak. Tambah ada tempoyak dan sambal belacan.

Edit : Maaf, ni bukan Restoran Mee Rebus Ramli tapi Mee Rebus Tapah. Mohon maaf lagi sekali ya 🥹


Pak Inche mulanya nak makan Mee Rebus, tapi, bila nampak Sk ambil nasi, dia pun ambil nasi sebab ada lauk yang dia boleh telan, hahaha. Iman nak makan nasi ayam.


Eh.. eh.. Mee Rebus pun makan jugak dia ni, hahahah. Lapar betul tuuuu. Jumlah RM41 termasuk minuman.


Makan malam tu kami singgah Restoran Jejantas Ayer Keroh, Pak Inche nak makan A&W, lepas tu nampak KFC nak KFC pulak. KFC nanti-nanti boleh, kan.. lagipun teringin Root Beer Float dia. Ambil saiz L dan Waffle Ais Krim tu Iman punya.


Corney Chicken untuk Pak Inche sebab beef habis, Sk dan Iman makan burger set dengan twister fries dan tambah onion rings. Lain macam dia punya selera makan kat restoran jejantas ni, hahahaha. 

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Biasalah kak kedai fastfood amik sikit2 tengok rege ya ampun, tp sesekali kita layan je kan. Sedap menu lunch akak tu,menu kampung yg mmg susah nk tolak

    ReplyDelete
  2. hah skit lg nk cecah rm100 tu kan..smua dh naik harga...aritu kwn tnya juga lama tk mkn waffle A&W tp tk order plak aritu

    ReplyDelete
  3. Rindunya nak makan keli masak lemak. Di LD memang tak ada keli. Kena balik kampung baru jumpa keli.
    Makan mee rebus juga ye. Sedapnya hirup kuahnya...sluurrrppp..slurrrrppp!

    ReplyDelete
  4. Oh? Pak inche pakai jam tangan kanan ye...? Power!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!