MAKAN-MAKAN DI TIP TOP IKAN BAKAR

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum WBT

SEMINGGU jugaklah minggu lepas, Iman gunakan kereta Sk sehingga hari ahad, baru nak pulang katanya. Nak pulang kereta lepas habis kuliah pukul 5. Kalau tunggu Iman yang ambil Sk balik kerja, memang lambert laaaa. Jadi, Pak Inche la ambil. Nampak aje muka Sk, dia kata, lama tak makan ikan bakar, jom tapau! Sk pun bagitahu Iman, babah nak tapau ikan bakar, sekali dia kata, dia bawa kawan. Bukan seorang tapi tiga orang, hurmmm.. fikir-fikir jomlah makan kat kedai aje 😂.


Memang dah lama sangat tak makan kat sini sebab kadang-kadang, kami makan di Tip Top BBQ. Yang ni namanya Tip Top aje. Tak tahulah kenapa dorang berebut nama Tip Top tu, hahaha. Kadang-kadang kami panggil kedai Aboi jer merujuk kepada gerai minuman di sebelahnya. Padahal nama kedai tu Yong Yong, hahaha.


Teringin pulak nak meng-ABC. Sk pesan nasi 6 pinggan, dia bagi terus semangkuk besar, tu bagus tapi yang marah tu, Sk mintak Kangkung Goreng Belacan dua pinggan, disatukan terus dalam satu pinggan. Oh, kalau nak nasi dan lauk-lauk seperti sayur, kena pesan dari gerai lain.


Nasinya berbaki lagi. Tak tahulah nasi yang banyak atau mereka yang makan sikit sebab malu-malu meow.



Kebetulan pulak hari ahad tu Hari Bapak kan.. tiber bapak ada ramai anak, hahaha. Happy Father's Day, Pak Inche. Iman tu bawa kawan yang pandu kereta lain sebab nanti dia balik kolej tumpang kereta kawan jadi bonda tak payah hantar ulang-alik.


Nasi Putih x 6 dan Kangkung Belacan tu RM24.
Minuman dalam RM30
Ikan Pari Bakar x3, Sotong Bakar x2, Siput Sedut Sambal x1 RM168

Burpppp.. Alhamdulillah.

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. mesti fresh tu, nampak sedap ikan pari bakar tu

    ReplyDelete
  2. Meriahnya makan-makan!
    Tambah meriah Iman genapkan jadi empat beradik. Comel-comel semuanya.

    ReplyDelete
  3. sedapnya ikan/sotong bakar bersambal...nama Tip Top tu bagi positive vibe pd pelanggan..first impression tapi kalau tak tip top, kena cemuh jg...hehe..

    ReplyDelete
  4. lama nya tak makan kat situ... paling suka sambal ikan bakar tu...!!! adoiii termimpi2 malam ni kang hahah

    ReplyDelete
  5. Memang sedap makan ikan bakar sini aja kan kak.. cuma ada juga sekali pergi, rasa tak sama pulak, abang kata 'datang bulan tukang masak' hahahahaha

    ReplyDelete
  6. meriah hidangannya...lpr plak tgk sotong bakar tu

    ReplyDelete
  7. Bakar2 ni memang kegemaran. Nasi panas dengan ikan bakar kosong pun jalan.. Tapi tak kisah ikan ke, ayam ke daging bakar apatah lagi.. mertua lalu pun tak perasan.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!