SATURDATE.. IT ROO CAFE

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT

CUTI lagi hari ni.. errr.. asal Ahad jer cuti. Cuti tahun habis gitu jer, adui! jadi, meh la kita coret kisah semalam, Sabtu.. Saturdate kononnya.


Lama dah tak ke IT Roo Cafe. Seingat Sk, lepas Iman habis sekolah, ditambah PKP, terus dah tak datang makan kat sini. 


Belek-belek menu.. hurmmm.. macam rindu pulak nak makan Chicken Chop dia.


Suka makan kat sini kerana ia masih mengekalkan penggunaan pinggan lama. Sk pesan Chicken Chop dengan Mushroom Sauce.


Kena cukai pulak.


Pak Inche nak makan Cantonese Kuey Teow.


Sebenarnya, sebelum ke IT Roo ni, kami terlebih dahulu ke Nyonya Dynasty.


Dah tulis kat kertas pesanan, nak Pie Tee.


Tapi menu lain tak menarik, kebanyakan bihun, nasi lemak dan lauk-pauk untuk dimakan dengan nasi putih.


Tu yang ke IT Roo yang berhadapan dengan Nyonya Dynasty. Nampak, penuh perasaan PI tuang kicap cair dalam mangkuk cili jeruk.


Haaaa... Barulah selera nak makan.


Tak sah ke kopitiam kalau tak makan Roti Bakar. 


Paginya pun makan kat Restoran Al-Safa sebab Pak Inche hantar servis kereta di Medini. Panjang lagi kisah semalam ni.. nanti Sk sambung ya.. nak sambung tengok lagi 2 episod Young Lady & Gentleman, hihi.

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Dapat makan pie tee tak?
    Kita jumpa pie tee di Sabah Chicken Rice Shop jew.

    ReplyDelete
  2. Untunglah bole dating selalu... Kitorg ni masih kena usung askar2 hahaha....

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!