MAKAN HAWAIAN PIZZA FROZEN

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT

SEMALAM, seharian Sk berseorangan di rumah. Pak Inche kerja. Iman ada program kelab. Dah lebih seminggu rasanya tak jumpa Iman sehingga semalam. Tapi, hari ni, sebelum tengahari, tiba-tiba dia balik, nak ambil kasut katanya untuk program fakulti malam ni. 

Bila seorang-seorang, selain dari habiskan lipat kain baju dalam bakul, berangan-angan nak layan anak tekak. Nak makan maggi la, nak makan lempeng la, nak makan sardin la.. tiga makanan tidak digemari Pak Inche. Tapi, bila buka peti ais, lain pulak yang jadi. Nampak pizza yang beli di Pasaraya Pasar masa Menginap di Fraser Place Puteri Habour sebelum bulan puasa lepas. Lama giler!


Malas nak guna oven, nak masukkan dalam air fryer tak muat, ah, masukkan aje dalam kuali non-stick. Bubuh sepertiga cawan air dalam kuali, panaskan, kemudian campak pizza nak sekeping, kemudian tutup kuali dan biar sehingga air kering.


Hasilnya, cheese mencair dengan baik dan roti pizza kekal lembut seperti baru diuli. Cuma cutter pizza menyorok pulak, guna gunting pun boleh. Pizza saiz 9" atau saiz regular, potong bahagi 8 bahagian. Tak sedar dah menyuap lima keping, lagi tiga keping sambung makan petang, hahaha. Selain Beef Pepperoni, Sk penggemar Hawaian Chicken sebab suka rasa manis nenas, tapi tulah, yang ni dia guna chicken ham.. boleh laaa 😆

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kuali jugak senang kan? 😄

    ReplyDelete
  2. Habis 5 potong?
    Kenapa tak habiskan yang 3 sekali tu

    ReplyDelete
  3. Sy pun peminat hawaian chicken jugak sebab suka rasa masam manis nnas.. hehehe

    ReplyDelete
  4. Besor tu, pizzanya. Puas hati makan sorang. Memang syok dok rumah sorang. Layan tekak sendiri. :D

    ReplyDelete
  5. Kita yang panaskan dia ye SK...janji kenyang...SA kalau malas macam ni la..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!