MAKAN ASAM PEDAS CLAYPOT SELERA RASA

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT


MASIH ingat lagi kisah kami makan Asam Pedas Claypot @ Tangkak? Ke sini lagi kelmarin ketika dalam perjalanan ke utara. Pada mulanya Pak Inche mengajak ke Restoran Kari Kambing 40 Hari tapi Sk menolak kerana tak sanggup nak beratur panjang. Ajak makan di R&R, mana mahunya kan.


Okey, dah tahu dah nama kedai ni, Selera Rasa. Ia menyediakan Sarapan Pagi, Makan Tengahari dan Minum Petang juga.


Sementara tunggu Asam Pedas siap, Sk ambil buah tembikai potong. Bagus kan makan buah sebelum makan. Tembikai mahal, kan sekarang tapi tak sangka jugak la sekotak tembikai potong tu, RM10. Matilanakkk!


Pak Inche dan Iman makan Asam Pedas Tetel. 


Dah lama duduk Johor baru suka asam pedas, itu pun cuma asam pedas tertentu. Kalau ikan, Pak Inche cuma makan Asam Pedas Ikan Merah atau Jenahak.


Sk pilih Asam Pedas Ikan Mayong.  Phewww.. sedap tau asam pedas kat sini, sampai menghirup hingga ke titisan terakhir, hahahaha. Cuma ikannya jenis mayong isi putih ni memang keras sikit kan.

Set Asam Pedas Tetel RM15 x 2
Set Asam Pedas Ikan Mayong RM18
Ais Limau 2
Teh O Ais Limau 1
Sirap Bandung 1
Tembikai Potong sekotak RM10

Jumlah RM64.20

Gerai Selera Rasa
23, Kampung Tanjong Batu 15, 
84900 Tangkak, Johor

Buka setiap hari kecuali Selasa
7 pagi hingga 5 petang

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Perghhh, sedapnya asam Pedas! Okay, nampak menyelerakan, sesuai nama Dan rasanya lah ea...Okay, tq info

    ReplyDelete
  2. Tengok gambar pun, tahu sedap. Pekat ye, kuah dia. Adoiii... bunyi perut.

    ReplyDelete
  3. Teringin nk rasa asam pedas tetel

    ReplyDelete
  4. Aloooo...sedapnya asam pedas..
    Saya dah sebulan tak masak..makan kat kedai ja...huhuhu

    ReplyDelete
  5. Makan buah sebelum makan memang sangat bagus untuk diamalkan untuk kesihatan.
    Tembikai memang dah jadi buah kayangan!

    ReplyDelete
  6. Sejak mak pah sakit dan ulang alik IJN ni...makan minum SA x teratur..suka plak tengok asam pedas tu..nanti kalau ke Muar bleh la singgah Tangkak

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!