JENAMA & PERISA MAKANAN KUCING PALING SEDAP

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT

PEMBACA setia blog Sk ni tentu tahu, Sk ada memelihara beberapa ekor kucing. Yang kekal di dalam rumah, ada 7 ekor.. yang paling senior, dah 9 tahun usianya, Cik Lang atau kami panggil Elang. Kemudian ada enam beradik, empat darinya satu perut, Orbit, Jeton, Snake dan Yummy. Adik mereka pula Asham dan Bubu. Oh, masa remaja dulu, kucing pertama keluarga Sk namanya Mona dan Sk juga ada seekor kucing yang Sk jumpa di pejabat sebelum berkahwin, namanya Cook. Sebelum kemunculan Elang, kami terlebih dahulu memelihara Zonan dan Boboiyot.

Dulu-dulu, bela kucing, kita bagi makan nasi lauk ayam atau ikan, kan. Seingat Sk, lepas bela Zonan, kami dah mula membeli makanan kucing di kedai dan mencuba pelbagai jenama. Kucing-kucing Sk ni bab makan, cerewet ya. Makan sikit.. tinggal.. hurmm.. manjangnya tak habis makan. Kadang-kadang Sk bagi wetfood jugak. 

Ni ulasan Sk terhadap jenama dan perisa yang Sk pernah beli untuk 7 ekor ni. Jenama Whiskas ni, kalau tuang kat piring, dia makan pockets jer tau. Biskut-biskut semua dorang tak makan. 


Pernah beli ni, makan jugak la tapi tak habis.


Yang ni dia makan sikit aje.


Makan juga tapi jarang habis dalam mangkuk tu.

Ni masa bela Ponti dan Elang. Kalau baru gaji, bagi makan sedap sikit, hahaha.


Bila tengah bulan, makan Pro Diet jer la nakkkk.


Tak larat la beli Royal Canin tu.. orang kata Reflex Lamb & Rice ni pun sedap.


Iman kata, dia baca banyak review beritahu Button & Bows ni sedap. Mahal namatey tapi sebab dorang suka, separuh mati la belikan juga.


Tukar yang murah konon, katanya sedap la.. langsung tak nak makan ya yang ni, dah biasa makan sedap agaknya bebudak ni. Sebab dorang sanggup berlapar dan Pak Inche kesian..


Beli semula Button & Bows ni. Tapi harga dia tiap bulan mesti naik sehingga mencecah hampir RM240/ 18 kilo. Dahlah selalu tak ada stok. Kami dicadangkan untuk cuba jenama Neco.


Awal tahun ni dah tukar jenama Neco ni, bagi perisa ayam.. nampak selera dorang makan.


Lepas tu konon nak tukar-tukar flavor kot jemu makan ayam, kita bagi Salmon. Eh lagi dorang suka pulak sampai bila kami bagi flavor ayam tu, dorang makan tak habis tapi kalau bagi flavor salmon, licinnnnn. Barulah rasa tak membazir beli makanan kucing. RM122/10 kg. 10 kg ni tahan sebulan. Hurmmm, mak korang beli beras pun RM18/5 kilo nakkk.

Jadi, kesimpulannya.. inilah jenama dan perisa makanan kucing yang sedap agaknya. Janganlah suruh Sk rasa, belum tergamak lagi oi, hahahaha.

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Saya baca tajuk terus buka hendak tahu apa yang sedap bagi kucing.
    Hehe cerewet makan juga kucing-kucing SK. Saya alhamdulillah madih lagi Powercats. Samalah perhati harga makin naik.

    ReplyDelete
  2. Wah nama kucing yang SK bg mmng special hihihi
    Yang mahal mesti makan banyak banyak
    pandai ye kucing kucing ni hehehe

    ReplyDelete
  3. Pn is3 wak pun ada pelihara 12 ekor kucing.
    Bagi makanan kucing tu gaul dengan ikan tongkol rebus

    ReplyDelete
  4. Ada beberapa jenama yang tak pernah dengar. Dulu masa jadi kuli majikan ni, dia punya diet nak RC dengan blackwood je. Kalau bagi yang lain, dia pandang je. Ish ish ish...

    ReplyDelete
  5. Hari tu bg dania duit poket RM100 dia pi beli makanan kucing Pro Diet tu..dia beli untuk si Oyen dan kucing2 yg dtg minta makan kat rumah...kalau dia balik mmg ada masa dia jamu kucing2 tu..dia transfer dlm bekas and goncang...menderu datang kucing2 tu semua..pas tu dia gelak..macam healing kat dia..kita nagi duit suruh beli makanan dia..haihhh..anak...

    ReplyDelete
  6. Syukur si bulus kami tak kisah. Paling dia suka nasi + ikan rebus haha...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!