Assalamualaikum WBT
SEMALAM petang, Iman beriadah di kawasan uni. Tak sangka pulak, masa dia jalan-jalan di kawasan kandang kuda, ternampak pokok durian dengan buah yang sedang bergayut-gayut di dahan. Iman ambil video ni dan hantar ke grup.
Eh, sekali bapaknya boleh pulak bawa balik durian. Beli di tempat sama kami BELI DURIAN KAMPUNG tuari. Kali ni Pak Inche beli yang RM10 sekilo.
Minta bukakan pangsanya siap-siap. Pak Inche nak makan dengan nasi. Padahal, dah janji malam tu nak habiskan lauk Kari Ayam Bujang tu. PI kata, makan lauk kari dulu pas tu makan nasi dengan durian pulak.
Tapi, duriannya dah cair. Bukan lembik tau tapi cair, hahahah. Masa buka pangsa tu pun nampak dah mula berair. Itulah bezanya durian RM15 sekilo dengan RM10 sekilo. Tu kalau di JB la. Fidah bagi tahu, dia beli durian kampung di Segamat, RM10 sekilo tapi elok isinya, pahit manis.
Sudahnya, tak jadi makan dengan nasi. Makan gitu jer la, cuci mulut lepas makan nasi dengan Kari Ayam Bujang. Durian macam ni lagi sesuai buat serawa atau lempuk la agaknya, kan.. tak pun masuk dalam Bubur Kacang, hehehe.
betul kak kalau dah isi rupa gitu sesuai buat lempuk, masuk dlm bubur kacang atau serawa je kan.
ReplyDeleteBuat kuah doghoyan, orang perak cakap. 😋
ReplyDeleteOoo..cair sudah... Memang beza kualiti dengan harganya..hehee 😁
ReplyDeleteMgu lepas adik sy ke penang katanya tgh musim durian... mmg musimlah kat sana skrg yek.. sini yillek durian
ReplyDeletemujurlah abam kie x makan durian jd x heran harga durian mahal ke murah...hehehe...
ReplyDeletedah lama tak dengar orang makan durian dengan nasi...dulu2 arwah ayah ada buat macam tu jg...
ReplyDeleteSemalam dah singgah baca tapi tak komen.Menahan ayaq lioq bau durian.
ReplyDeleteHari ni Alhamdulullah anak bujang balik kerja taksat ni dia beli ..hilang kempunan laut darat..hihihi
Tahu tahu Pak Inche beli durian terus lepas Iman share..hihi..Durian Segamat memang win. Lupa dah rasa durian kampung. Terpaling suka durian udang merah. Tapi itulah tak merasa lagi durian musim durian ni.huhu...
ReplyDeleteKalau Pak Zain durian yang dah mencair macam ni terus buat tempoyak walau masih elok dimakan...
ReplyDelete