MAKAN NASI KANDAR IMIGRESEN LAGI

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum WBT

DARI Kuala Ketil, kami berpatah balik semula ke Penang. Tak boleh lama-lama nak tunggu kak balik, dahlah telefonnya tak diangkat, tapi salah kami juga sebab tak beritahu awal-awal. Tujuan kami ke Penang kali ini kerana Pak Inche akan mengikuti saingan Liga antara Penang vs JDT.


Pak Inche ajak makan Ikan Bakar di Kuala Ketil tapi Iman tuntut nak makan Nasi Kandar.


Kami ke Nasi Kandar Imigresen. Ini kali ketiga Sk makan NKI. Kali kedua makan akhir tahun lepas, boleh baca DI SINI.


NKI ni merupakan gerai roda tiga jer tau. Anda jangan pulak membayangkan restoran mamak atau kedai makan. Nama Imigresen tu diberi kerana asalnya dulu perniagaan nasi kandar mereka dijalankan di hadapan bangunan Imigresen Pulau Pinang. Selepas memilih lauk, anda perlu membayar dahulu sebelum membawa makanan anda ke warung mamak yang berhampiran atau boleh makan di restoran cina bersebelahan. Minuman boleh pesan dari restoran tersebut atau warung mamak di situ.


Nasi Kandar Ayam Goreng, Sayur Kubis, Telur Masin - Iman
Nasi Kandar Ayam Madu, Sayur Kubis, Telur Masin - Pak Inche
Nasi Kandar Sotong, Sayur Kubis, Telur Masin, Bendi - Sk

Jumlah RM43


Kuah campur kasi banjir baru surrrrr! Bawang goreng tu pelengkap, Sk juga suka kuah masak hitam yang berasa namun tak menenggelamkan rasa karinya. Yang penting, tak manissss.

Nak ke sini? Waze aje, Nasi Kandar Imigresen. Buka setiap hari kecuali Jumaat.

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Paduuuu...suka kuah campur 🤤

    ReplyDelete
  2. Sedap sangat, tengok gambar. Menggoda keimananku. :D

    ReplyDelete
  3. peminat nasi kandar ye si Iman ni hehehe... dah balik JB ke tu? Semoga dipermudahkan perjalanan balik :)

    ReplyDelete
  4. Murahnya!
    Baru semalam Abang sebut; dah lama tak makan nasi kandaq Penang ummi 😋

    ReplyDelete
  5. Famili ni mmg peminat tegar nasik kandar ni... mmg x salah lg.. haha

    ReplyDelete
  6. Todiaaaa...nallla punya nasi kandaq..
    Nak tanya..Nasi Kandaq Imigresen tu kena tunjuk paspot dak?🤣🤣

    ReplyDelete
  7. Nanti kalau sesat ke Penang, bolehlah try nasi kandar imigresen.
    Kalau dah 3 kali ulang makan, tentu ada yang istimewa kan SK.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!