Assalamualaikum WBT
AWAL Mei, dalam group whatsapp, kakak ipar Sk yang merupakan kakak sulung Pak Inche beritahu, beliau akan menjalani ujian mammogram. Terdapat dua ketulan di payudara sebelah kiri. Masa ni tak tahu nak kata la.. sebabnya, arwah mak mertua Sk sebelum ini juga menghidap barah payudara. Namun mak telah sembuh dan kematian mak bukan disebabkan barah tapi sakit tua. Mak meninggal masa usia 92 tahun, mak Sk sebaya dengan Tun Dr Mahathir.
11 Mei - Hasil ujian mammogram dan ultrasound (maaf, Sk kurang pasti perbezaan atau persamaan antara kedua ujian ini), terdapat dua ketulan di sebelah atas dan bawah. Apabila ditekan yang atas tu tak sakit, tapi ketulan bawah tu sakit bila ditekan. Doktor beritahu, keputusan ujian cuma boleh diketahui pada 29 Mei. Doktor mengenalpasti sejarah keturunan. Untuk rekod, selain mak mertua, abang ipar Sk, Arwah Naman menghidap kanser hidung, Arwah Yan menghidap kanser pankreas dan anak saudara (anak Pet) Arwah Hafez menghidap kanser usus.
Arwah Naman meninggal dunia 15 September 2010
Arwah Hafez meninggal dunia 19 Jun 2015
Arwah Yan meninggal dunia 15 Mac 2019
Mak meninggal dunia 18 Julai 2021
alamak.. kalau ada history gitu PI kena buat medical check up jugak yearly tu ambik sekali dgn cancer marker... semoga kak PI cepat sembuh ya... kalau BC ni insya allah lepas buang akn ok tp kena follow up selalu dan jaga mkn & stress
ReplyDeleteSemoga diangkat segala kesakitan dan dipermudahkan urusan
ReplyDeleteSemoga patuh nasihat doktor....
ReplyDeleteSyafakillah utk kakak ipar SK. Mudah-mudahan diberi kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan rawatannya aamiin 🤲
ReplyDeleteSemoga kakak ipar SK segera sembuh dan dipermudahkan urusan. Kalau jumpa sesuatu masa mammogram, dia akan suggest buat ultrasound, sebab boleh nampak lebih jelas. Saya pernah kena dulu, kedua test.
ReplyDeletemoga diberi kesembuhan buat kak ipar akak.... dan moga dia sabar dan tabah menghadapi dugaan
ReplyDeleteMoga kakak ipar bonda cepat sihat seperti sediakala.
ReplyDeleteSemoga keempat-empat insan terdekat SA dan PI yang telah pergi ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
ReplyDeleteSyukur Alhamdulillah, SK dan PI dapat bersama-sama kakak memberikan sokongan moral sebelum pembedahan. Moga baik-baik semuanya.