Assalamualaikum WBT
SEMINGGU sebelum Majlis Resepsi Nurul Nastasea dan Ariff di Thistle Johor Bahru, Pak Inche cadangkan agar kami menginap di sana pada hari kejadian. Aisehhh.. macamlah jauh sangat nak pergi dan balik rumah, bantah Sk. Alaaa.. sekali-sekala... Pak Inche tu bukan boleh tau, dia bukan setakat cadang aje, tapi terus tempah bilik. Maknanya, kenalah ikut jugak kata dia. Sebelum check-in, kami pergi makan dulu di IT Roo Cafe.
Dapat bilik di Tingkat 16 dengan pemandangan laut (Seaview). Masuk-masuk jer bilik terus keluar WOW dari mulut sebab terbentang pemandangan nan indah depan mata dengan bangunan menara jam Dataran Bandaraya serta Pusat Latihan Pasukan Bolasepak JDT di sebelahnya.
Kita zoom sikit laaaa...
Pemandangan di sebelah kanan.
Pemandangan di sebelah kiri. Bagi yang tak pernah datang ke Johor Bahru, bangunan merah tu, Hospital Sultanah Aminah. Di seberang laut tu, Singapura. Oh, satu lagi... Segamat, Mersing.. bukan dalam Johor Bahru ya, tu daerah lain, hehehe.
Pertama kali menyaksikan pemandangan ini, selalu lalu-lalang kat bawah jer.
Ini kali kedua Sk menginap di Thistle JB. Yang dulu tu, ambil Bilik Deluxe King Room, tapi baru sedar tak tulis dalam blog. Masa tu, kami menginap di sini kerana Pak Inche ada perlawanan bolasepak persahabatan bersama Tunku Mahkota Johor. Cerita perlawanan bola tu ada pulak ditulisnya DI SINI, hahaha. Mungkin sebab masa tu Sk sibuk dengan tugasan media ke Sandakan, Sabah sehingga terlepas pandang.
Tapi yang tu, kami dapat bilik mengadap Jalan Abdul Samad. Rasanya masih ada lagi gambarnya dalam handphone lama.
Bilik Executive Seaview King Room ni menempatkan katil saiz raja tapi macam lagi besar dari katil saiz king. Sk amat-amati, ia merupakan dua buah katil super single yang dicantumkan.
Tak puas-puas ya ambil gambar. Kalau guna filem, dah habis satu roll.
Tilam dan bantal sama empuk. Bilik pun sojukkkk.
Ada buah-buahan.. durian tak ada pulak. Ops, lupa, durian tak boleh masuk hotel. Tapi tu la, pisau yang disediakan tak boleh nak kupas mangga atau potong buah pun, hihi.
Pemandangan dari bilik tembus ke bilik air.
Pemandangan dari bilik air tembus ke bilik. Namun begitu ada bidai yang boleh diturunkan.
cantik bilik hotel, cantik view dan nampak sedap2 makanan nya..
ReplyDeleteBilik besaq 🤩
ReplyDeleteNampak sangat selesa dan mewah...
Agaknya sebab sejuk aircond kot, PH pun kalau tidur hotel cepat je lapaq :D
mewah dan selesa sangat nii SK ..
ReplyDeleteRindunya Johor dan Melaka. Cantik penginapannya.
ReplyDeleteKenapa erk bila orang masuk hotel mesti tunjuk gambar toilet
ReplyDeleteview cantik...bilik pun selesa..
ReplyDeleteIsteri yang taat perintah suami, luas rejekinya SK.
ReplyDeleteTengok tu....orang lain mana dapat hihihiii. SK jew yang dapat.
Ooo mybe Lin dah naik yaa masa tu.. memang ramai yang check-in masa tu kan Kak.. masa sarapan pun ramai..
ReplyDelete