Assalamualaikum WBT
BALIK Kuala Ketil tuari, sempat singgah Pekan Sabtu. Tengah musim buah sentul atau orang Kedah panggil buah setoi.
Pak Inche beli buah setoi yang dah siap kupas. Ianya macam jeruk mangga asam boi yang selalu dijual di persimpangan lampu isyarat.
Adik yang jual ni kata, buah setoi ni makan dengan sambai belacan. Tapi nampak macam colek pun ada.
Ni la dipanggil sambai belacannya. Pokok setoi tu arwah bapanya yang tanam. Jeruk buah setoi dijual dengan harga RM5/3 biji. Kami beli dan makan selepas check in di Hotel Neo+ Penang. Sedap la buah setoi ni rupanya.
Selalu tengok you tube orang Thailand jual buah setoi siap dengan colek dia. Ya ampun! Saya hanya mampu menahan liur dari berjejeh-jejeh jatuh!
ReplyDeleteBerjodoh lagi kita ni SK ...
ReplyDeletePH pun baru dapat 2 biji buah setoi dari Cik Leha, bawa all the way dari Berlin :)
Colek tu belah kg kami panggil garam belacan hehe...
Xtau buah setoi ni... mungkin ada nama lain kat sini ataupun buah ni xde kat sini... mcm x pernah jumpa pulak
ReplyDelete