Assalamualaikum WBT
SELEPAS Menziarah kak di Hospital Sungai Petani (Hospital Sultan Abdul Halim), Pak Inche tanya, nak makan Noor Mee Sotong di Butterworth atau nak makan Bihun Sup di Simpang Ampat? Kedua-dua lokasinya di Pulau Pinang. Kalau dah makan Mee Sotong, di mana pulak nak sumbat Bihun Sup. Ini bukannya pasal 'biar menyesal makan dari menyesal tak makan' tapi takut kalau jadi 'orang tamak selalu rugi'. Lagipun, baru hari tu makan Mee Sotong kan.. Noor Mee Sotong tu pun dah selalu pergi, tak pa la, kali ni kita pergi makan Bihun Sup kat Simpang Ampat pulak sebab tak pernah pergi.
Tulang belakang rancangan JJCM Blog Alam Sari di Tanah Jauhar, tentunya Pak Inche. Pak Inche kata, nak makan Sup Gear Box di Twin Cafe Sup88. Seingat Sk, banyak kali dah kami ke gerai-gerai yang menawarkan Sup Gear Box tapi setiap kali tu, katanya tak ada stok gear box. Ni kalau tak ada juga, jaga! Hahaha. Tapi, duduk jer kat meja, nampak sup gear box kat meja orang sebelah.
Staf datang ambil pesanan dan memberitahu Sup Gear Box datang dalam tiga saiz iaitu M, L dan XL. Saiz L macam meja orang sebelah ke? Tanya Sk. Ya.. haaa.. ambillah saiz L jer, tu pun nampak dah besar sangat. Atas meja ada dua jenis sambal iaitu sambal cili merah dan sambal kicap. Selain tu ada cili padi jeruk.. taip ni boleh telan-telan ailio teringat kesedapan cili jeruk tu, hahaha. Selain dari Sup Gear Box, Pak Inche pesan semangkuk Bihun Sup manakala Sk lebih menggemari kuey teow. Kami juga minta isi campur.
Twin Cafe Sup88
2B, Jalan, Taman Puteri Gunung,
14120 Simpang Ampat, Pulau Pinang
Waktu Perniagaan :
Setiap hari kecuali cuti umum
11.30 pagi hingga 6.30 petang
No Telefon : 019-317 3077
sup gearbox fav tu..xsabar nk mkn raya haji nanti
ReplyDeleteMmg puas hati sgtlah muka PI tu kak... hahaha
ReplyDeleteYa Allah, mengancam iman betul la sup gearbox tu!
ReplyDeleteMemang sedap tu kalau gear box direneh selama 4 jam. Keluar manisnya secara semula jadi, perlahan-lahan masak hingga lembut tanpa paksaan.
ReplyDeleteRaya Haji tahun ni PZ terlepas beli gearbox makanya tahun ni tak merasa makan sup gearbox..nampaknya kena pi Simpang Ampat la plak lepas ni....
ReplyDelete