TAPAU NASI KANDAR MOHAMED RAFFEE PULAU TIKUS

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT

MASIH cerita Jalan-Jalan di Pulau Pinang

Dari Pantai Batu Feringgi, kami terus balik ke hotel. Masih awal lagi untuk makan malam dan masih kenyang lagi makan Laksa dan Bihun Sup Utara di Batu Feringgi. Pak Inche bercadang untuk makan malam di Nasi Kandar Beratur. Namun, jenuh jugak ya nak tunggu NKB tu nanti sebab ia dibuka jam 10 malam. Sebenarnya, setiap kali ke Penang berangan nak 'supper' di NKB ni tapi manjangnya tak jadi. Seingat Sk, pernah dua kali jugaklah makan di Nasi Kandar Beratur ni.

Iman kata, jom bungkus Nasi Kandar Raffee. Hurmmm... dah berapa kali nak ke Nasi Kandar Mohamed Raffee ni. Teringin jugaklah nak beratur 3 kilometer di sini tapi susah ya nak dapat parking dan kami pun keliru sebenarnya laluan masuk kawasan kedai di sini. Kali ni, betul tekad la, kami aim betul-betul kat mana nak masuk, rupanya, alahai, senang jer pun jalannya tapi punca susah tu sebab kami tak biasa, kereta belakang pulak laju-laju, aaaaaaa.. pitam tengok cara depa bawa kereta kat sini. Bukan semualah, segelintir aje yang kurang berhemah ni, tapi disebabkan yang segelintir ini la, boleh menyusahkan orang lain yang tidak bersalah.

Akhirnya, dapat juga jejak kaki beratur kat sini, kahhh. Eh, selalu nampak kemahen panjang orang beratur sampai pat lima kedai panjangnya tapi kali ni macam tak berapa ramai pulak. Restorannya terletak di lot akhir tapi bukan corner lot. Sk tak ambil gambar dari hadapan kedai.


Gambar dari facebook.. ni gambar waktu siang. Perniagaan mereka dah berusia lebih 60 tahun ya, walaubagaimanapun ini bukanlah tapak kedai yang asal. Sekarang ni pun dah ke generasi yang ketiga mengendalikan restoran ni.


Restoran ni dibuka dari siang sampai malam. Ada yang kata, waktu siang rasa lain, waktu malam rasa lain. Menurut pemiliknya, rasa sama aje sebab tukang masak sama tapi mungkin kalau makanan tu panas rasa lain, kalau sejuk rasa lain. Makan kat situ rasa lain, kalau bungkus rasa lain. Kebetulan pulak la masa buat carian gambar kedai terjumpa video temuramah tu, hahahaha. 


17 minit beratur, akhirnya dah sampai depan kaunter. Menurut video yang Sk tonton tu, dulu.. dulu.. dulu.. lauk mereka dalam lima enam jenis sahaja, sekarang dah 20 lauk. Sekarang, lauk ayamnya aje ada 7 jenis masakan. Ialah, logiklah kan dulu 5 - 6 lauk aje, dulu kan mereka ni meniaga dengan cara mengandar makanan yang nak dijual, giler ko nak mengandar sampai 20 lauk.. hahaha.


Pada satu ketika dulu Pulau Pinang merupakan pelabuhan utama Semenanjung Tanah Melayu dan merupakan pelabuhan yang sangat sibuk serta menjadikan pelabuhan ini tempat sebahagian rakyat mencari rezeki dengan bekerja di sini. Di samping rakyat berpeluang mencari rezeki dengan menjadi buruh-buruh di pelabuhan ini sebahagian lagi mengambil peluang berniaga makanan untuk makanan buruh buruh yang bekerja di pelabuhan ini.

Di sinilah bermulanya nama nasi kandar iaitu diambil dari peniaga-peniaga nasi yang berniaga secara bergerak menggunakan kayu pengandar dan dua bakul dikandar yang di dalamnya diisi dengan nasi, kari ikan, ikan goreng dan bendi. Peniaga ini akan tiba di sekitar perlabuhan pada awal pagi kerana pekerja perlabuhan akan selalunya memulakan kerja mereka selepas makan nasi awal pagi sebagai memberi sumber tenaga untuk persiapan mereka bekerja sehingga petang. Sebab itulah sehingga ke hari ini nasi kandar telah siap sedia dijual pada awal pagi kerana ini adalah tradisi dari dulu lagi apabila ianya dimakan oleh para buruh pada awal pagiSumber


Senarai harga makanan di Restoran Nasi Kandar Mohamed Raffee ditampal dan dapat dilihat dengan jelas oleh pelanggan sebelum memilih lauk. 


Dua beranak ni dah tak sabar nak sebut lauk apa.. siap berebut siapa dulu, hahaha.


Tips Makan Nasi Kandar

1. Nasi tu cukup-cukup sepinggan, jangan mintak lebih atau kurangkan. Kalau mintak lebih nanti tersandar tak boleh bangun pulak, kalau mintak kurang nanti menyesal tak kenyang, hahaha. Ingat, biar menyesal makan, jangan menyesal tak makan!

2. Pilih lauk kari ikan, sotong, ayam atau daging. Nak rasa masin-masin, tambah ikan atau ayam goreng, sayur, bendi rebus dan telur rebus atau telur masin. 

3. Kuah Campoq.. iaitu kuah kari ikan, daging, udang dan sotong mesti disiram semua atas nasi sekaliarung.

4. Mintak cili hijau, nanti sambil makan cili tu buat ulam.

Sekian tips dari orang Johor yang biasa makan Nasi Kandar, hehehe. Memang, kami tiga beranak, hantu nasi kandar, huhuhu.


Masa nak balik tu, tanjat tengok barisan dah panjang sampai tiga kilometer kedai. Singgah 7E beli air sedap nak makan dengan nasi kandar kat hotel, hehehe.


Wajib, mandi dulu sebelum makan, barulah selera tu kembali terbuka lepas berpenat-penat ke Batu Feringgi. Sk mintak kuah asing. Semua kuah dicampurkan dalam satu plastik ni ya, korang jangan pulak mintak asingkan setiap jenis kuah, haha. Tapi, Sk tapau Nasi Kandar Hijrah kat Johor, dorang asingkan kuah kari dan masak hitam.


Pak Inche - Nasi, Ayam Goreng, Telur Rebus - RM10
Iman, Nasi, Ayam Goreng - RM9
Tuan Tanah Kedaung - Nasi, Ayam Goreng, Telur Sotong, Cili Hijau - RM17.50

Hahahaha.. TTK haruslahhhhhh terpaling!


Pak Inche mintak campur kuah terus dalam bungkusan nasi. Lupa nak ambil gambar nasi Iman. Iman dah campur kuah jugak tapi dia minta satu lagi kuah asing. Jockey tu ngomel, dalam nasi dah ada kuah, eh, berkira pulak dia nak bagi kuah lebih, hahaha. 


Nasi, Ayam Goreng, Telur Sotong. Sk asing kuah.. nak makan baru siram. Ayam goreng dia sedap, lunak jer, mungkin sebab ayamnya tak besar sangat, sedang-sedang aje dan cukup-cukup aje untuk porsi nasi tu. Telur sotong pun sedap, dua beranak tu tak makan telur sotong. Ni sebenarnya, kalau ikutkan ada 20 lauk kat situ, 20 lauk Sk nak tapau, hahahahaha. Tapi, tula .. orang kata, nasi kandar yang original, pilih satu dua lauk aje. Kalau kau makan nasi kandar lauk kayangan, itu bukan lagi nasi kandar. Nasi kandar ni untuk orang marhaen saja.


Kuah dia ada rasa hangit sikit. Mungkin rezeki kami la tuari dapat kuah hangit, hahaha. Mujurlah tak teruk sangat rasa hangit tu. Kuah masak hitam tak rasa langsung, rasa kuah kari semata, tapi, bolehlahhh. Mula Sk ingat agaknya sebab kuah asing tapi Pak Inche yang campur kuah pun tak dapat rasa masak hitam tu. Nasi Kandar Imigresen jugaklah yang sedap kat tekak Sk ni ha. Tapi, yang penting, dapat jugaklah akhirnya makan Nasi Kandar Mohamed Raffee Pulau Tikus yang viral tu. Oh, Pulau Tikus ni bukan pulau lain ya, dia dalam Tanjung (Pulau Pinang) jugak. Nama tempat tu jer Pulau Tikus, hehehehe.


Lepas makan Nasi Kandar terus tersandar, layan drama seram Astro Citra, Nyang, lakonan Emma Maembong tu. Beberapa kali dah tengok cerita ni tapi tengok sekerat-sekerat, tak pernah tengok sampai habis. Matilanakkkk.. pukul berapa tah terjaga pergi bilik air, nak tidur balik tak boleh, lepas tu boleh pulak terbayang Si Nyang tu melayang-layang kat muka, kuang asam!!! Hahahahaha.

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Saya orang Johor yang tercampak di Penang, tapi masih gagal menyelami kelazatan nasi kandar 😂. Agaknya sebab dah terlalu lama menetap di NS sebelum ni.

    Bab pemanduan, iya…Ramai yang memandu sesuka hati tak fikir orang lain, tak bertolak ansur. Berbeza dengan tempat lain. Dan iya…bukanlah semua begitu.

    ReplyDelete
  2. nasi kandar bungkus kuah campoq..perghh..sedapnya...selain cili hijau, kacang bendi jg sedap buat ulam..

    ReplyDelete
  3. Saya sentiasa ingat pesan SK bila makan luar. Biar menyesal makan, jangan menyesal tak makan. Kikiki... saya pernah merasa nasi kandaq beratur, yang di masjid kapitan keling tu, pukul 10 malam beratur. Dia punya teh tarik adalah the best in the world! Tak penah rasa teh tarik sedap camtu. Apa pun, bila baca entri SK ni, maka selera saya terbuka untuk pekena nasi kandaq. Hehe..

    ReplyDelete
  4. PI dengan nasi kandaq berpisah tiada...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!