MENGINAP DI PUREST HOTEL SUNGAI PETANI

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT


SETELAH menempuh 9 jam perjalanan termasuk berhenti Rehat & Rawat di R&R Rawang, kami sampai di Sungai Petani jam 2 pagi. Dalam pada tu, Pak Inche buat tempahan Purest Hotel Sungai Petani melalui Booking.com. Staf yang mengambil tempahan mengesahkan menyimpan maklumat kami yang pernah menginap di sini yang Sk pun tak ingat tahun berapa, hahahaha. Bila ingat-ingat balik, ialah, Sk ada bergambar di hadapan hotel di tempat parkir kereta. Disebabkan semua maklumat dah sedia ada dalam sistem, urusan daftar masuk jadi mudah dan cepat.


Kami ambil Deluxe King Bed dengan harga RM220 semalam berserta sarapan untuk dua orang. Semua pakej penginapan di sini termasuk sarapan. Bilik luas, nak berlari ke.. berguling ke.. memang boleh sangat, hahaha. Walaupun begitu, kami banyak menghabiskan masa di Kuala Ketil jer. Tak tidur Kuala Ketil sebab sampai dah lewat dan bagus jugak la Pak Inche ajak menginap di sini sebab rupanya semua pun balik nanti tak cukup bilik. Na'e pun menginap di SP tapi tak pasti di hotel mana.

        

        

Penggunaan warna cerah dan cermin besar memberi impak kemas dan menawan. Seterika dan papan penggosok turut disediakan.


Bilik air menerapkan warna hitam dan putih menjadikan ia kelihatan retro. Tekanan air pun laju.


Pak Inche memang pantang nampak nasi lemak. Mana-mana hotel yang tiada nasi lemak dalam buffet memang kena senarai hitam la ngan Pak Inche, hahaha.


Sk tentu pilih American Breakfast serta secawan Cafe Latte.. Samosa dan Popiah sedap sangat.


Senyap jer orang tu makan nasi lemak, tak komplen apa-apa.. sedap la kan maknanya. Sk pun ambil, ternyata tidak mengecewakan nasi lemaknya. Kari ayam tu pun sedap. Sebenarnya, ada Nasi Hujan Panas untuk dinikmati bersama kari ayam. 


Hari kedua, secangkir Americano dan masih lagi English Breakfast sebagai pilihan pertama. Ingatkan hari ni ada nasi berperisa juga macam semalamnya tapi takdok.


Ada Nasi Goreng Cina dan Kuey Teow Goreng. Samosa sedap juga tak ada tapi ada dim sum. Sunny side up, separuh makan dengan English Breakfast, separuh makan dengan nasi goreng. Tak ambil nasi lemak sebab plan dengan Pak Inche nak makan di Noor Mee Sotong di Butterworth, nanti kenyang sangat.


Luas dan terang cafe ni.


Telah mendapat pengesahan Halal JAKIM.


Saya mesti pilih!


Last but not least.. ambil pastries.. yang bulat tu scone. Tambah lagi secawan Cafe Latte pulak... burpppp.. Alhamdulillah.

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. puas hati bfast dia...salam kenal ya

    ReplyDelete
  2. Ni namanya breakfast like a king..kalau letak SA kat situ tepi meja SA akan menung x tau mana satu nak makan dulu...hehehehe

    ReplyDelete
  3. kann pak inche kann.. kat malaysia kut.. mana boleh tak ada nasi lemak

    ReplyDelete
  4. nampak sedap menu breakfast.. bilik pun luas. boleh masuk list kalau nk bercuti ke utara ni.

    ReplyDelete
  5. bagus jugak kan ada maklumat kita mudah urusan daftar checkin, pastu kira murahla bilik tu dahla luas, siap dengan breakfast dah sekali.

    ReplyDelete
  6. Cantiknya sarapan!
    Warna-warni macam dalam taman.
    Semoga dapat memulakan hari dengan penuh keceriaan.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!