DAGING PAPRIK & KONCO-KONCONYA

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum WBT

SUP Ekor masih berbaki dua ketul, Sk beritahu Pak Inche, nanti makan malam (semalam), nak panaskan sup je dan tambah telur dadar. Sebenarnya, minggu lepas, tak ingat ada cerita tak, Pak Inche minta masak Sambal Daging. Tapi, tak jadi masak sebab tiber Pak Inche kata, nak makan Bihun Hailam kat Al-Anisah, dah makan nasi siang tu. Dagingnya pulak, Sk dah rendam, Sk rebuslah dagingnya, nanti rosak jika disejukbeku semula. Hari esoknya tu, Sk ambil sikit buat Sambal Daging (tak ambil gambar). Tu yang Sk fikir, panaskan Sup Ekor dan tambah baki daging yang dah rebus tu bagi banyak sikit isinya.


Daging tu, separuh Sk ambil, buat masak paprik. Ingat nak masak merah, tapi, sayang pulak nak buka sos labu botol baharu. Yang lama, dah habis. Senang jer masak paprik ni, sama resepi dengan Udang Paprik yang Sk kongsikan semalam DI SINI.


Disebabkan kuah sup ekor tu dah susut, Sk buat lagi la supnya guna pes rempah sup siam Adabi dan tambahkan jus limau nipis dan sos ikan. Jus limau nipis tu anggaran setengah senduk aje, kalau banyak nanti masam sangat. Kadang ada jenis limau yang banyak jusnya, jadi, agak-agaklah ya. Daun ketumbar semua dah habis, jadi, togel ajelah sup tak berseri 🤣.

Hari tu, Blogger PH ada komen dan tanya, pasal Sk selalu masak daging dan nampak macam senang empuk. Sebenarnya begini, PH.. Pak Inche ni tak berapa makan daging import, dia cuma beli daging lembu tempatan je. Sk ingat, sejak mula kahwin pun memang dia tak mahu beli daging import terutama dari India sebab otak dia set, jika dari India, itu daging kerbau dan dia pulak tak makan daging kerbau. Jadi, memang beli daging tempatan jer. Padahal beli daging tempatan tu, frozenkan jugak. Beli daging import, frozen jugak, kan. Tapi, memang beza la, daging tempatan ni, tak perlu rebus dulu sebelum masak, kalau masak merah ke, kari ke, sambal ke, kicap ke, campak aje terus yang mentah-mentah tu. Tapi, kalau terkena bahagian yang banyak urat tu, sakit jugaklah rahang mengunyah 🤭.


Goreng telur dadar, buat tambah-tambah. Pak Inche kata, dia singgah kedai beli sayur. Ahhh.. nak kena goreng sayur pulak nampaknya nanti.


Sk ingatkan Pak Inche nak beli sayur tu kat kedai runcit, rupanya, dia tapau lauk sayur kat Restoran Ainoni daaaa. Selain Sayur Baby Kailan, Pak Inche bungkus jugak Sotong Paprik. Amek kau, ada dua masakan paprik, sotong dan daging. Sambal Belacan pun ada.


Siap ada Kerabu Mangga 😋😋😋. Baby Kailan, Sotong Paprik dan Kerabu Mangga, semua sekali RM21.
Lepas makan, jenuh Sk basuh pinggan mangkuk.

🤣🤣🤣

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. lengkap menu
    semua ada ,telur dadar tu wajib bila ada msk paprik

    ReplyDelete
  2. Aduhai...dah agak kalau Pak Inche pi beli sayur bukan sayur aje dia beli..mesti ada lauk tambahan...

    ReplyDelete
  3. Uish... menu macam makan kat kedai ni....

    ReplyDelete
  4. lamanya tak makan kerabu mangga sejak dah tebang pokok mangga kat rumah Taman U dulu tu

    ReplyDelete
  5. Kita nak kerabu mangga tuuuu. Hihihi

    ReplyDelete
  6. berselera makan...ada kerabu mangga...tak pernah lg makan sotong paprik..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!