MAKAN-MAKAN DI KUALA KETIL & SUNGAI PETANI

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT

TAK sah ya balik Kuala Ketil jika tak makan Pasembuq Md Noq. Tapi, masa kami sampai ke Warung Md Nor tu, dorang dah letak kadboard di kaunter, 'MAAF HABIS'. Hurmmm.. kecewa betul wajah masing-masing.


Ke sinilah kami mengubat kecewa tak dapat makan Pasembuq Md Noq. Penduduk Kuala Ketil tentu tahu warung Aat Char Koey Teow yang terletak bersebelahan Shell Kuala Ketil.


Dekat sini ada Kuey Teow Biasa, Udang dan Special. Dah datang jauh-jauh wajiblah ambil yang special. Tak ada kerang di sini ya.


Malam tu, cukupkan syarat balik kampung, pergi makan di Medan Selera Jam Besar Sungai Petani pulak. Makan capati, ajak Pak Inche kongsi dia tak mahu. Sedap la capati dan keema di sini.


Laicikang Panas dan Sejuk. Sk panggil cikong. Cikong kat sini tak sama macam kat Johor.


Yong Taufu dia pun lain.


Sk ingat dulu masa pertama kali ke sini, cuma khemas jer sekarang dah letak awning kekal. Tapi, tak ramai orang macam dulu. Kenapa eh??

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Berbumbung mudah nak berteduh kalau hujan kan.. tapi tak ramai orang sebab harga dah mahal ke Kak?

    ReplyDelete
  2. Bagus dah ada khemah...boleh berlindung bila panas atau hujan..maybe kurang promosi kot SK? Atau orang sekarang memilih untuk berhati2 berbelanja?

    ReplyDelete
  3. Capati & keema dia nampak sedap...eh,lama tak minum laici kang...sedapnya

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!