ZIARAH PUSARA MAK DI KUALA KETIL

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

 Assalamualaikum WBT 


SELEPAS Makan Di Rumah Makan Rendang Tok Yoep, kami meneruskan perjalanan ke Butterworth. Perjalanan kali ni tak terasa penat kerana bergilir memandu anggaran dua jam seorang. Dia yang jadi penat, bila kita jadi co-pilot lama sangat, duduk aje lagi penat sebenarnya.


Sampai Butterworth, kami terus menuju ke hotel. Syukur, dapat daftar masuk pukul 2 petang, tu nanti Sk blog lain hotel penginapan kami kali ini. Bila dapat masuk awal, dapatlah rehat awal, kami merancang ke Kuala Ketil selepas asar.




Antara tujuan balik kampung kali ini adalah menziarah pusara mak. Rimbun sungguh pokok yang ditanam sepupu PI sampai terlindung batu nisan. 




Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:

إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ: إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Maksudnya: “Apabila matinya seorang insan akan terputus amalannya melainkan tiga perkara: Sedekah Jariyah, ilmu yang bermanfaat buat dirinya dan anak soleh yang sentiasa mendoakannya.” 

Riwayat Muslim (1631)




Kemudian kami terus ke rumah, kak ada rumah, sebelum ni kak jalan-jalan ke KL dan Terengganu. Bawa popiah basah 2 set. 




Popiah basah tapau dari Popia Warisan Butterworth. Depa kata sedap macam mak buat.




Tak sahlah balik Kuala Ketil kalau tak pekena Pasembur dan Mee Rebus Md Noq. Perniagaan Md Noq kini diwarisi anak-anaknya. Sedap pasembuq, lain dari rasa pasembuq Penang.

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. sedapnya pasembuq...tgok gambar tau sedap tu..Al-Fatihah buat Mak

    ReplyDelete
  2. al fatihah buat mak...
    tergodanya tengok mee rebus utara tu dekat sini mmg xjmp la

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, sempat ziarah pusara mak di Kuala Ketil.
    Sedap-sedap semuanya... popia basah, pasemboq dan mee rebus.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!