Assalamualaikum WBT
HARI rabu lepas, selepas hantar Jeruk Madu Pak Ali kat rumah Cik Ani, Sk sajalah tengok Restoran Al-Anisah di Taman Nusa Sentral tu buka ke tak. Tengok-tengok buka, Sk terus singgah tapau Mee Hailam, Mee Wantan dan Kuey Teow Goreng untuk makan malam. Rupa-rupanya Pak Inche dah plan nak makan di sebuah restoran makanan barat yang baharu dibuka di Sunway Iskandar Puteri. Tapi, dia okey jer la malam tu makan makanan yang Sk tapau. Esok kita makan ni, Pak Inche tunjuk gambar burger di handphone. Eh, PI ni jarang-jarang la kan dia tiber nak makan burger atau western kat kedai, mesti special angat-angat nih!
Sk ingatkan restoran ni menjual burger semata, rupa-rupanya banyak jugak menu. Kebanyakannya dipanggang sesuai dengan namanya, Grand Grill House. Pemiliknya adalah senior chef yang berpengalaman luas berasal dari Iran dan yang penting seorang muslim.
Haaa... nilah yang special angat-angat tuh. Satu set burger macam ni RM20 sahaja tau.
Set lunch RM20 pun ada. Semuanya termasuk minuman ringan. Memang jimat.
Appetizer percuma. Ada kekacang dan buah-buahan kering dan yang satu lagi tu salad kentang, sedap.
Hiasan di dinding kedai. Pencahayaannya agak dahsyat sampai silau mata Sk, mujur tak migrain.
Terdapat pelbagai pilihan minuman ringan, Sk pilih mineral water dan PI pilih Ice Lemon Tea.
Sampai dah semua pesanan. Walaupun nampak menu lain menggoda tapi Sk tak mahu lawan tauke, kita pesan burger doploh inggit gaklah sama dengan yang tukang bayo, hehehe.
Memanco!
Fries dia sedap, macam Fat Burger, tapi Fat Burger pun dah tutup. Aaaaa... tengok tak video Neelofa buat fries, rajin kan? Mestilah rajin, dia semua ada tukang kemas dan tukang cuci. Sk???? Sendiri buat sepah, pandai-pandailah kemas. Sebab tu malas nak masak yang renyah, rasa nak makan kentang goreng, beli jer yang frozen. Rasa nak makan mashed potato, beli jer kat kfc, hihi.
Pak Inche pesan salad. Tak habis, kami minta bungkuskan.
Burger dia simple jer, tak ada sos dan cheese meleleh-leleh.
PI kata nanti kita datang lagi makan lamb sebab chef tu kata lepas ni dia akan buat promo lamb pulak.
Grand Grill House
14-01, Laman Niaga Sunway,
Persiaran Medini 3, Bandar Sunway,
79250 Iskandar Puteri, Johor
Waktu Perniagaan : Setiap hari kecuali Isnin
11 pagi hingga 10 malam
No Telefon: 012-961 1541
Terliur pulak tengok😋
ReplyDeleteLama tak makan burger. Salad tu menggamit mambanglah SK.
mailah mambang, hihi
DeleteTerliur pula
ReplyDeleteBurger yg begini yg saya suka. Tak usah pakai sos dan cheese yg meleleh. Malah akan merusak rasa patty burger. Prefer simple macam nih.
ReplyDeleteSalad kentangnya mengingatkan saya salad kentang yg pernah saya coba di Korea Utara. Sedaaap sangat. Dan disajikan dingin.
Nak ajak suami bawak anak dia kat sini la esok...hahahaha...esok SA kat JB jumpa anak tiri..dah sebulan babah dia x jumpa...
ReplyDelete