Assalamualaikum WBT
BILA baca komen yang ditinggalkan Puan Hazel dalam post Menginap 3H2M di Sunway Hotel Butterworth, baru perasan dan teringat bahawa nama tempat sebenarnya adalah Seberang Jaya. Jika ikut alamat hotel, daerah Perai. Maaflah, Sk agak kurang mahir tentang nama-nama daerah di Pulau Pinang, kita orang Johor, kan. Samalah jugak dengan orang dari negeri lain yang pernah Sk baca, dia ingat Mersing tu kat Johor Bahru, ah.. gitu.
Bersambung kisah ke Pulau Pinang baru-baru ini, pada mulanya Pak Inche rancang, malam lepas habis rancangan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH), kami akan menaiki jambatan ke pulau, makan Nasi Kandar Beratur. Lama tak makan sana, kan.. tapi, masa balik dari Kuala Ketil, Sk nampak Nasi Kandar Beratur 786 ni betul-betul bersebelahan dengan hotel, kena seberang jalan sikit jer la. Sk cadangkan kami ke sini sajalah, namanya pun nasi kandar beratur jugak, cuma ada nombor 786, hehehehe. PI pun agaknya dah penat jugak, dia pun setuju, lepas ABPBH la, dia kata.
Tak sempat tunggu ABPBH habis pun ya, rasanya tak sampai 10 minit ABPBH tu mula, PI kata, jomlah pergi makan, hahaha. Maaf, Sk tak ingat waktu sebenar kami makan ni sebab handphone Sk tertinggal, dah sampai restoran nak ambil gambar lauk kat kaunter baru sedar handphone tak bawa. Kaunternya bersih dan teratur, tak ada kuah percik sini-sana dan jockey semua bukan mamak atau India. Bila dengar mereka cakap, loghat Penang dia pelik, jadi kita dah tahulah, bukan Malaysian. Mungkin pekerja Indonesia. Sopan jer cara mereka melayan pelanggan. Satu yang Sk kurang gemar kadang jika nak pilih lauk di Restoran Nasi Kandar ni, muka dorang serius eh, tak mahu senyum, macam sombong pun ada, garang pun ada. Kadang kita dok la hafal skrip nak pilih lauk apa, sampai dekat dorang kita mampu sebut kuah campur dan ayam goreng aje, hahahaha.
Pinggan PI yang atas, lauknya ayam goreng, sayur kubis dan telur rebus. Sk pulak pilih telur sotong dan telur masin serta sayur kubis dan cili hijau. Sebenarnya tamak jugak nak ambil bendi tapi tak jadi. Nak ayam goreng pun tak jadi sebab telur sotong tu pun dah banyak dan Sk tengok ayam PI besar, jadi kita ngendeng ayam goreng PI jer la. Tu takpe, teringin pulak makan nasi kandar dengan teh tarik, melampau betul, hahahaha!
Gambar pinjam kamera handphone PI la. Bagi Sk sedap dan tidak mengecewakan. Boleh repeat!
Harga berpatutan. Bila Sk post di fb, ada seorang rakan fb beritahu, beliau pernah makan NKB786 ni di cawangan airport. Sedap dan yakin nak makan sebab rakan fb Sk tu, ustaz ya. Masa Sk datang ni pun boleh tahan ramai jugak pelanggan walaupun berhampiran ada kedai nasi kandar mamak yang lebih senior.
Nasib baik tak panjang beraturnya kat nasi kandar beratur ni ya....
ReplyDeletekalau tak ada orang pun kena beratur gak la ye hehe, sedapnya telur sutun tun SK
ReplyDeleteOoooo di buka sampai malam ye SK..SA mati2 ingat kat sana paling cepat tutup 7pm kedai nasi kandar..nampak sedap la dua2 pinggan nasi kandar tu..
ReplyDeleteKalau ke utara tak sah kalau tak pekena nasi kandar. Orang yang ambil pesanan ni laju je buat kerja. Kadang tak sempat cakap dia dah cedok. Memang muka ketat je memanjang. Tak pernah lagi jumpa yang mesra alam.
ReplyDeleteHarga berpatutan dan sedap tu okaylah. Boleh repeat.
Yg ini saya belum coba. Selalunya kalo balik Penang, saya pasti makan nasi kandar Deen's maju 😄😄. Favorit kami sekeluarga dan Krn dekat dengan hotel di Georgetown.
ReplyDeleteNantilah semoga bisa coba nasi kandar yg lain kalo ke Penang lagi
Kita belum habis teroka Penang.
ReplyDeleteNanti boleh minta Fuad bawa makan di sini.
Nak try la one day Nanti 🥰
ReplyDelete