Assalamualaikum WBT
CUTI Deepavali tahun ini nampaknya tenang-tenang di Tanah Jauhar sahaja. Pak Inche terlibat dalam Karnival Jom Heboh, tahun ini diadakan di Padang Angsana Mall. Walaupun cuti kali ini jatuh pada hari khamis dan bersambung dengan cuti hari libur Jumaat dan Sabtu, lusa, Sk dan rakan seperjuangan terlibat dengan Majlis Konvokesyen ke 25, maknanya tiadalah long weekend.
Hari ini pulak, bos PI akan tiba di JB dan dijangka turun dari pesawat menjelang tengahari. PI la akan jemput dan petang nanti ada briefing pulak, sebelum PI bertugas, kami keluar sarapan dulu, tak jauh, cuma di Restoran Thoufeeq. PI makan tosei cicah kuah kari kambing dan telur separuh masak dua biji.
PI dah selesai makan, baru puri Sk sampai. Yang frust tak ada kentang masala.. hurmmm. Dalam pukul 11, Iman sampai. Dia pulak kata lapar.
Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.
Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih