MAKAN DI OTHMAN MEE TARIK DENGAN KAWAN PEJABAT

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum WBT 


MULAI semalam (8 Oktober 2024) sehingga 19 Oktober 2024, seramai 30 pelajar dan staf dari kolej di bawah Yayasan Pelajaran Johor berada di Gansu, China bagi menyertai Program T-Vet Training di Gansu Vocational & Technical College. Madi kata, dorang pergi China, kita pergi makan... makan makanan China Muslim. Spontan Sk sampuk, Mee Tarik Othman. Eh, Hajjah Ina pulak tanya, bila nak pergi tu? Jom, kata, Fidah. Today? Tanya Hajjah lagi. Makanya terus onz memasing, nak pergi makan Mee Tarik di Othman Mee Tarik.




Kak Narimah sibuk, tak dapat ikut. Miza dah berhijrah tapi masa ni ahli geng makan-makan office kembali ke 9 orang sebab ada dua staf baharu yang dipinjamkan dari cawangan lain.
 



Bagi mini love satu!




Peace no war.




Eh eh, staf Othman Mee Tarik pun nak berswafoto sekali dengan geng makcik-makcik. Ops, ada sorang anak dara bujang trang tang tang dalam group kami.




Yang ni Hajjah Ina pesan appetizer, tak ingatlah apa namanya ni, resit pun campak mana dah.


Edit : Nama menu ni, Pickled Radish (RM5).




Ni pun Mee Hajjah, lupa jugak apa nama menu ni. Ambil gambar Mee Hajjah jer la sebab dia duduk depan SK.


Edit : Nama menu ni, Sup Susu Pedas Daging Mee Tarik, RM23.90




Lima orang makan Fried Beef Ramen, (RM18.90) termasuk Sk. Wajib pesan juga, Pan-Fried Beef Dumpling (RM14.90). Kenyanglah memasing makan mee hari tu, hihi.

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Dah makin banyak restoran mee tarik sekarang kan. Ada satu kedai mee tarik yg baru bukak kat Sunway Putra dekat KL ni tapi saya tak try lagi. Macam menarik je.

    ReplyDelete
  2. tak pernah lagi cuba makan mi tarik

    ReplyDelete
  3. kena cuba makan mee tarik lah nampaknya... sedap tu...

    ReplyDelete
  4. Kita macam tempting tengok mi leper tu haa. Student pergi China, kita makan makanan China tapi di Malaysia gitu.

    ReplyDelete
  5. Dah lama tak makan mie tarik. Saya sukaaa. Tapi terkadang berasa letih juga mengunyah nya Krn tekstur dia lebih chewy 😄😄. Nampak best semua menu di atas kak trutama yg kuah susu pedas itu 😍

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!