Assalamualaikum WBT
CERITA Jumaat lepas, pergi makan di Briyani Goat Father dengan Angah dan Indah serta Cik Ani dan Jeika. Memasing bawa anak girl, anak girl kededek Sk tak mahu ikut, okey jer tak nak ikut. Dari rumah, Sk berseorangan ke Senai, kemudian naik satu kereta dengan Angah. Cik Ani dari rumahnya terus ke BGF yang terletak di Kota Masai. Jadinya, dua hari berturut-turut la Sk ke Kota Masai, Jumaat ke BGF dan Sabtu ke Majlis Perkahwinan Miza dan Zaqqim.
Asyik lalu-lalang di Tik Tok lama-lama teringin tapi tu la.. dalam TT dia tunjuk, makanan dan minuman dihantar ke meja tapi sebenarnya layan diri. Sk memang tak suka sistem pesanan macam ni ya, dahlah bertatang pinggan kemudian nak buka handbag pulak cari wallet nak bayar.
Cik Ani belum sampai tapi kami tiga orang dah lapar jadi kami terus buat pembelian aje la, tak sabar-sabar dah nak makan briyani viral, tapi Sk makan Laksa Johor, briyani tapau bawa balik makan petang tu, hihi.
Layan diri.. ada pengasingan lorong untuk makan atau bungkus. Kiranya kalau kita nak makan dan bungkus kena beratur dua kali ke? Tak jugak kot, rasanya boleh aje pesan kaunter yang sama cuma masa kami datang ni pelanggan tak ramai jadi kami pesan makan dulu, dah habis makan baru kami buat pesanan untuk tapau.
Briyani Kambing, RM17.90.
Kambingnya besar betul, berpatutan dengan harganya. Nasi sedap tapi tidaklah terpaling.
Laksa Johor, RM12.90. Presentation dia memang macam ni ya, dia akan letak kuah kat sebelah spaghetti. Sebenarnya kadang-kadang bitter jugak la jika ada yang kutuk Johorean guna spaghetti tapi panggil laksa. Aiii, Laksa Sarawak tu guna bihun tau, tak ada pun kami bitter. Apa tah yang sakit hati sangat dengan orang Johor, tatawlah. Dah nak masuk tahun 2025 ni, buanglah rasa sentimen kenegerian tu.
Gaul dulu sebelum makan. Sedap tapi jugak bukan terpaling. Lepas tu timun dia sikit, adalah dua lengkar kot.
Angah kata, sebab tu dia tak suka makan tempat viral, hahaha. Baiklah, lain kali saya tak ajak!
Sk ni kan mudah terpengaruh, huhuhu. Habis tu, dah asyik fyp jer kat TT saya, manalah saya tidak tirrrrgoda.
Cik Ani dan Jeika sampai, Laksa Sk dah nak penghujung, hehe. Oh, dalca dan pajeri nenas tu percuma ya tapi kena ambil sendiri. Ikutlah kalau tak nak, tak payah ambil. Papadom sebungkus RM2.
Cik Ani ambil kambing dan ayam.
Jeika makan dengan ayam goreng jer.
Indah tahun ni nak SPM.
Girls day out, gituh!
Dah alang-alang datang dari jauh, kan.. kita bungkuslah untuk insan-insan yang ditinggalkan di rumah, hahaha. Pak Inche dan Iman tak nak, jadi Sk bungkus nasi briyani kambing aje untuk diri sendiri. Lepas buat pesanan, duduk dulu, nanti dah siap dia panggil nombor yang tertera pada resit.
Cuaca panas berdenting, masa ni dah seminggu Tanah Jauhar tak hujan. Khemah untuk meja makan dan khemah untuk pesanan ni terpisah jadi rasanya kalau hujan, susah jugak nak bawa makanan ke khemah makan ni.
Yang tinggal berhampiran tu bolehlah datang. Yang jauh-jauh ni macam tak berbaloi aje, huhu.
portion nasi beriani tu byk....lauk kambing tk pernh mengecewakan
ReplyDeleteMacam ada nampak Briyani God Father ni la...SA ada pi Masai kejap...nampak ramai orang...tapi hari Ahad la lalunya pun...
ReplyDeleteKambing tu , puaslah makan ye ...
ReplyDeleteSekali tengok Indah ni iras² Iman kan...
Banyak portion nasi briyani ni. BIla tengok nasi briyani dan ayam goreng tu terus lapar.....
ReplyDeleteAyat last tu lebih kurang nak cakap "so-so" jelah kan..ammi pun kurang gemar bila kedai viral ni. kadang-kadang review tu ye ye oooo je. bila kita pegi krik krik je rasanya.
ReplyDeleteEhhh Indah tu macam rupa Iman dah
Tu dia....mengancam sungguh warna nasi Briyani. Lagilah dengan 🐐🐐🐐.Tapi tak pulak terpaling sedap ye SK.
ReplyDeleteTudiaaaa.....warna nasi tu mengancam...lauk dia lagi la
ReplyDelete