MASAK AYAM SAMBAL LAGI

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT 


DAH dua hari Pak Inche bertugas membuat liputan perlawanan hoki Piala Sultan Johor 2024. Jadual perlawanan di sebelah petang hingga malam. Hoki PSJ ni, jadual perlawanannya agak padat sikit tak macam liga (bolasepak). Dalam satu hari tu akan ada dua tiga perlawanan, bermula petang sehingga malam. Jadi, PI memang tak makan kat rumah, mujurlah penganjur sediakan makanan untuk wartawan bertugas. Sk pulak, tak tahulah nak kata seronok ke tak bila PI tak makan malam kat rumah. Seronok sebab tak payah masaklah kot, padahal selalu aje pun tak masak makan malam. Tapi, tu kan nanti kami keluar makan. Jadi, adalah rasa kesunyian sedikit, hehehehe. 




Tak semenggah pulak gambar Ayam Sambal ni. Ambil gambar guna kamera handphone PI, PI pulak macam dah lapar sangat, macam nak diterkamnya mangkuk Ayam Sambal tu. Tahulah itu lauk kegemaran dia, hahaha. Masak ni hari Jumaat, petang tu Sk tanya PI, dah makan nasi belum? Dia jawab, belum. Lepas tu dia minta Sk masakkan Ayam Sambal, hurmm.. Sk dah agak dah. Tu tak pa, masa dia whatsapp minta masak Ayam Sambal tu, rupa-rupanya dia tengah otw pergi beli nasi lemak. Sabar aje laaaa..
Tags

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kalau ayam sambal macam ni, bukan PI je suka..fav suami SA gak...tapi kalau buat msak sos..dia x makan..sebab dia x suka sos..pulak dah kan..

    ReplyDelete
  2. Ayam sambal makan dengan apa pun sedap.. dah dibeli nasi lemak.. hurmm lagi terbaik la jawap nya hihii :D

    ReplyDelete
  3. ayam sambal ni mmg trademark PI.. kegemaran dia dulu dan selamanya.. dah tau sgt dah.. hehehe

    ReplyDelete
  4. Ayam balado di sini sebut. Fav saya jugaaa. Apalagi kalo sambalnya pedas 😄😄❤️

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!