MAKAN TENGAHARI DI STESEN KOPITIAM

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT 


LEPAS shopping di Mydin Medini semalam, Pak Inche ajak makan di Pasir Gudang, katanya, ada ikan bakar. Ah, tak sanggup la nak memandu sampai ke Pasir Gudang tu, mesti jammed punya. Iman kata, habislah nanti minyak kereta Yaya. Hah, tahu pun sayang minyak kereta, dia tak ingat dulu kemahen nak berjalan ke sana ke sini, ada fikir ke pasal minyak kereta, hahaha. Tu takpa ya, dia kata, penat hari-hari bawa kereta dan minta Sk yang memandu semalam. Haaaa.. tau pun, dia tak ingat bonda punya penat balik kerja dia ajak berjalan konon bosan asyik duduk rumah. Rasakan.. hahahaha.




Kalau tak nak pergi PG, jom kita makan kat Taman Cempaka (Sudut Selera Sri Cempaka), cadang PI lagi. Aaaa... tak mahu.. tak mahu. Sk ni hujung minggu nak makan tempat yang aman damai, tak naklah makan tempat yang berebut-rebut, hahaha. Sk ajak ke Stesen Kopitiam di Eco Galleria Iskandar Puteri makan Asam Pedas Kepala Ikan. Hari tu lepas makan kat sini dengan adik-beradik, memang berhajat nak belanja Iman dan PI pulak makan asam pedas kat sini.


Kami ambil Set A (4 pax), RM89.90 yang mengandungi:

1X Asam Pedas Ikan Pari
1X Asam Pedas Ikan Merah
2X Ayam Goreng Berempah
1X Sayur
Telur Dadar/ Telur Masin
4X Nasi Putih
4X Sirap Selasih




Lama jugak menunggu Asam Pedas dihidang ke meja. Yang ini, Asam Pedas Ikan Merah, dia bagi bahagian ekot. Agak besar dan banyak isi ikan. Ada potongan terung, bendi dan tomato.




Asam Pedas Ikan Pari. Ada bendi dan tomato. Bendi muda elok.




Kali ni, sayur dan telur dia dah set siap-siap dalam pinggan nasi.




Pak Inche makan asam pedas kena ada kicap. Nahhh.. dengan botol-botol eh dia hantar, ini baru rare, kicap kayangan pulak tu dia bagi.




Ayam goreng dia bagi tiga ketul tau. 




PI dan Iman bersetuju asam pedasnya sedap. Cuma bagi Sk semalam macam kurang masam dan tawar sedikit tapi itu lebih baik dari masin. Tetap sedap asam pedasnya tidak mengecewakan. Ayam goreng seketul lagi tak habis, minta staf bungkuskan dengan nasi lagi sepinggan tu.




Terima kasih, Ily.. kawan Iman bawakan Kek Lapis Sarawak untuk bonda. Sedap kek lapisnya, memang dah lama pulak tu teringin nak kek lapis anyam-anyam macam ni, hehehehe.

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Wah, ini betul-betul makan asam pedas punya! Siap kicap Habhals. Bagus punya tempat makan ni ehh SK.

    ReplyDelete
  2. Fuhh layan sungguh asam pedas ni. Kena pulak dgn lauk2 yg lain. Kicap Habhal's tu mmg rare terus letak sebotol atas meja hehe.

    ReplyDelete
  3. Harganya okay sangat kan SK, dapat 2 set asam pedas ikan kayangan, ayam lagi... Berbaloi 👍

    ReplyDelete
  4. Ye ye... uncle pun dah jumpa ramai kawan yang makan asam pedas mesti kena ada kicap!

    ReplyDelete
  5. Dulu awal2 bisa bawa mobil sendiri, saya pun sukaaa sangat bawa jalan terus. Masalah petrol yg isi parents. Mana kepikiran. Lalu setelah bawa banyak kali, baru bosan 🤣🤣. Kalau bisa jadi penumpang saja, tak nak drive 😄

    Duuuh asam pedasnya tempting sangaaat kak 🤤🤤🤤. Terbayang dah asam, dan pedas kuah dia. Paling suka kalo dengan ikan pari

    ReplyDelete
  6. telur dadar ke dalam pinggan yg sebelah dgn sayur?

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!