NASI GORENG CILI TUMBUK DI HARI SABTU

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT 


BERAKHIR sudah cuti hujung minggu. Begitulah, kita bukan kaya mahu berlibur hari-hari. Esok nampaknya kena kembali masuk pejabat. Kerja kerja kerja selagi belum tutup mata 😄.



Sarapan standard hari Sabtu, nasi goreng, tapi hari ni terrrrrajin sikit, buat nasi goreng cili tumbuk. Sebabnya malas nak keluarkan chopper, nampakkkk. Bila rajin yang itu, maknanya malas buat yang ini. Pak Inche kata, pedas. Sk cakap, agaknya sebab tumbuk ke jadi pedas tapi teringat balik, Sk letak dua biji cili padi merah tu, cili tu kan memang pedas, hehehe. Ada telur setengah masak untuk PI dan untuk Sk ada telur pindang.


Tak ada udang, ayam, daging atau ikan bilis dalam nasi goreng. Cuma tumbuk lumat 4 ulas bawang putih bersama 11 biji cili padi (9 hijau + 2 merah) dan setengah sudu belacan. Lepas panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk, masukkan telur sebiji, kacau, kemudian masukkan nasi putih sepinggan. Kacau sehingga berasap baru masukkan daun bawang yang dihiris, siappp! Bonus hari ni ada teh tarik.


Tengah-tengah kemas dapur, toleh ke depan nampak kereta Iman baru sampai. Dia memang ada cakap nak balik semalam, cuma tak bagitahu dengan PI jer, nak surprise katanya, hehehe. Langkah kanan, ada baki nasi goreng dan teh tarik untuk Iman. Lepas siap kemas dapur, keluar tiga beranak, Iman nak mintak belanja jajan dan maggi buat kudapan sambil study, katanya. Eloklah, Sk pun dah habis stok pewangi pakaian dan sabun cuci pinggan. Sabun mandi, bedak, odorono pun nak habis jugak ni. Kami ke Mydin Medini, kemudian pergi makan di Stesen Kopitiam, Eco Galleria Iskandar Puteri. Lepas tu Iman ajak ke kedai kasut Tomaz di Sunway Bigbox pulak, kena beli kasut hitam untuk acara rasmi yang akan disertai pertengahan bulan ini, insyaAllah.
Tags

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Sedap kan..lepas tu kalau tumbuk cili kering pun best...esok nak buat laaa...

    ReplyDelete
  2. Lamanya saya tak buat nasi goreng!
    Nasi goreng bubuh cili padi tu kesukaan Firdaus.

    ReplyDelete
  3. Waduh, sedapnya nasi goreng cili tumbuk ni!
    Lunch tadi sama ulam dgn SA, bendi rebus. Dinner pulak sama menu dgn breakfast SK, nasi goreng. Pusing² tang tu jugak 😁

    ReplyDelete
  4. Nasi goreng tanpa kecap, pakai cabe rawit hijau pula, memang fav kami sekeluarga kak. Kalo di sini sebutnya nasi goreng cabe ijo. Makan begitu saja memang lah dah sedap 😍😍

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!