CARA BERLAUK DAGING SELAMBAK

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT 


SEPANJANG minggu ini, kuliah Iman diadakan secara dalam talian. Tapi, Imannya tak balik, ada program. Manjangnya ada program, maklumlah.. kroni, hahahaha. Jadi, terlanjur nak hantar Iman balik kolej selepas menghadiri jemputan Walimatulurus Kak Tarmini, Sk ajak Iman temankan Sk beli Cara Berlauk Daging Selambak. Kebetulan memang tengah timing waktu perniagaan cara berlauk ni hendak dibuka.




Dapat giliran nombor 3 ya, pelanggan pertama sampai tak tahulah pukul berapa agaknya, masa tu tokey baru nak panaskan kuali, hihi. 




Teringin jugaklah nak merasa sebab ramai komentar kata sedap sangat. Kalau tengok pada kaedah masakan memang berbeza dari cara konvensional iaitu memasak dengan sedikit minyak. Yang ni dah macam goreng pun ada, jadi tekstur dan rasa kuih pun berubah la dari kuih cara yang asli. 




Lauknya (daging kisar) juga diletak kemudian iaitu selepas kuih masak semasa hendak dibungkus. Secara peribadi, Sk lebih suka Kuih Cara Berlauk yang asli tapi okeylah, orang kata, kalau tak beli tak tahu. Mungkin ada yang suka, citarasa manusia tak sama, tak boleh nak kondem. Zaman sekarang ni memang banyak kuih-muih tradisional sudah diubah kaedah memasaknya contohnya kuih koci, ramai yang dah ubah guna teknik rebus sampai timbul, dah macam nak buat kuih onde-onde.



Lokasi : Hadapan Masjid Taman Universiti.

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. pernah juga beli kuih cara berlauk yang viral di Seremban. Oklah...sedap juga cuma betullah bak kata SK sebab order ramai, jadi dorang cepatkan proses. goreng je sonang

    ReplyDelete
  2. Patutnya ubahlah nama menu kalau dah ubah cara penyediaan tradisional ke moden kan SK. Supaya generasi muda tahu dan tak keliru.

    ReplyDelete
  3. Ala...terlambat beberapa hari ..
    Tak jauh dah dgn tempat kursus .
    Apapun jujurnya makanan di Tanah Jauhar enek enak belaka

    ReplyDelete
  4. Lain macam kuih caranya.. Saya suka lagi yang tradisional..

    ReplyDelete
  5. SA lagi suka kaedah lama tu..goreng macam ni x suka..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!