BALIK KAMPUNG BUAT KESEKIAN KALI

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT 


BERSIARAN dari Pulau Pinang.


Tak ingat dah berapa kali balik kampung tahun ni. Kampung tak kampung sangat la sebab setiap kali balik tak tidur di Kuala Ketil pun tapi kami sama ada akan menginap di Sungai Petani atau Pulau Pinang. Balik kampung kali ni kami menginap di Butterworth dan kali ni juga Iman tak ikut sebab ada banyak program di universiti. PI nak balik sebab sepatutnya kami balik masa cuti Hari Malaysia tu. PI nak balik jugak, dah rindu kampung. Lagipun minggu depan dah bermula tugasan Hoki Piala Sultan Johor.




Kami bertolak petang Khamis dan singgah rehat dan rawat di Restoran Jejantas Sungai Buloh. Lama tak makan Burger King.




Ambil Whopper Burger Set untuk PI, lengkap minuman dan fries. Sk ambil Whopper Cheese Ala Carte. Kentang dan minuman kongsi jer.




PI bercadang nak transit di Taiping tapi sampai Tanjung Malim dah tak larat. Sk cadang agar kami ke B&L Hotel di Bidor jer macam selalu. Tapi bilik double penuh, yang ada bilik triple, tak silap RM138 tapi sebab kami ada kad diskaun, dapat RM124. Deposit dikenakan RM50. Semak status, rupanya dah 6 kali kami menginap di B&L Hotel ni, hihi.




Hotel sediakan teh uncang dan kopi aik cheong 3 in 1. Gula peket tak ada ya, tak pastilah lupa nak letak atau sengaja, tak tanya pulak sebab tak ada keperluan.




Pagi dah check out dan tuntut wang deposit.




Kemudian kami bersarapan di Warung Mak Linda yang terletak di Tapah. Sk makan Mee Kari, PI makan Mee Rebus. Mee Kari sedap, Mee Rebus dia rasa udang kering, tak sama macam Mee Rebus Johor yang lebih manis. Memang lain tempat, lain rasa mee rebus ni tapi sedap jugak.




Sejak Iman belajar di Ipoh dulu, baru tahu Mee Kari ni antara makanan identiti negeri Perak.




Mee Rebus Pak Inche. Telur sebijik tau lepas tu dia ada letak juga condiments macam Yong Taufu seperti kulit tauhu dan fishcake. Licin PI makan, makna sedap la tu kan, hehehehe. 


Bersambung...

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Seronok juga dapat rasa kuah mee rebus lain-lain tempat. Yang penting boleh diterima kekak, maknanya sedaplah tu.

    ReplyDelete

  2. Baru je pagi tadi sarapan mi kar. Fuh, memang sedap. Kuah kari dia pekat, penuh rasa dan tak terlalu pedas, jadi ngam dengan selera. Ditambah dengan bahan-bahan macam tauhu, hirisan ayam dan telur.

    ReplyDelete
  3. Mie kari ini saya suka, tp di sini tak banyak yg sedap. Ada ketemu yg enak, tapi lokasi jauuh nun dari rumah 😄😄..nanti kalo kesana nak juga coba mee kari khas perak 😍

    ReplyDelete
  4. Bestnya balik kampung kak, tapi penat betul dari selatan sampai ke utara nun... akak gambar mee rebus tu menggoda sungguh lahai

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!