Assalamualaikum WBT
BULAN Oktober ni panjang sikit kan. Ada dalam 25 hari lagi nak masuk bulan 11. Tak sabar nak tunggu bulan 11. Tak sabar nak tunggu berita baik yang akan diumumkan dalam masa terdekat. Katanya, kali ni mesti jadi. Apakah? Tungguuuuuh!
Ayam Masak Kicap atas permintaan Pak Inche, masak pada hari Khamis lepas, 3 Oktober 2024. Biasanya hari khamis PI ajak makan kat kedai tapi hari tu dia minta masak, mesti sebab ada live bola di tv. Bukanlah makan sambil tengok bola, tetap makan di ruang makan jugak.
PI kata, Iman takde barulah dapat makan lauk Ayam Masak Kicap ni. Sk kata, eh.. boleh jer, pernah aje Sk masak lauk ni masa Iman ada tapi untuk Iman ada lauk lain, telur masak kicap atau telur mabuk pun dia onz. Eh, pelik jugak anak aku ni eh, Ayam Masak Kicap tak nak, telur letak kicap nak pulak, hahah. Paling dia suka, telur mabuk... panaskan minyak, masukkan telur dua biji, tuang kicap, lepas tu godak telur bagi hancur. Pensyarah Sk la tu bagi nama telur mabuk, masa tu kitorang gi camping kat Tanjung Balau, ingat lagi, hihi.
Senang la masak ni, goreng aje ayam yang diperap garam dan serbuk kunyit sehingga masak, kemudian angkat ayam, ketepikan. Lepas tu, kurangkan minyak goreng ayam tu, tinggalkan sikit, tumis rempah 4 sekawan, masukkan kicap manis, masukkan ayam dah digoreng tadi dan sedikit air. Kemudian masukkan bawang dipotong bulat, serbuk lada hitam serta cili padi, biar merenih hingga bawang layu. Aaaaa... shiapppp!
ayam kicap fav...makan nasi panas2
ReplyDeleteayam kicap ni antara yang selalu dimasak kat rumah ni... sebab senang dan cepat dimasak
ReplyDeletesedap juga buat ayam masak kicap petang ni tapi tu lah, the imans kat rumah ni pun tak suka masak kicap haha. kalau kat tekak kita dah jalan je ayam masak kicap lawan sambal belacann.
ReplyDeleteWah, apakah berita baik bulan November itu?
ReplyDeleteTak sabar nak tunggu.
Sedapnya ayam masak kicap. Masakan warisan zaman berzaman yang tak pernah menjemukan.
saya tau berita apa....semalam kat berita dah announce kan...hahaha...kita nak buat ayam kicap malam kang utk bekal esok..dah defrost dah ayam...
ReplyDeleteSaya baru buat ayam masak kicap malam tadi. Tapi resipi lain sikit la.
ReplyDeleteUishhh tengok rupa pun terliur sudah. Ayam masak kicap favourite ni. Rugilah Iman tak suka. Pelik nau tu telur kicap makan pulak ye. Telur mabuk pun bolehhh...hihi...
ReplyDeleteWaah ada apa nih kak SK 😘. Sabar menanti lah kami dengar beritanya 😄
ReplyDeleteAyam masak kecap jenis masakan yg saya seriiing masak. Krn mudah dan sedap. Saya memang tak nak masak yg susah atau banyak makan waktu. Habis gas 🤣🤣🤣
Lagian saya memang tak pandai masak. JD selalu pilih menu mudah saja