MAKAN DI BY ADELROSMI

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT 




MALAM tadi ajak Pak Inche makan di By Adelrosmi yang terletak di Jalan Kuning, Taman Pelangi. Taman Pelangi ni dulu tempat permainan kitorang. PI dulu pernah bertugas di Jalan Serampang berhampiran Jalan Kuning. Sk pulak dulu bertugas di Bukit Senyum, memang kalau nak balik akan ikut Jalan Kuning. Kawasan ni kawasan perniagaan cina, dalam banyak-banyak tu terselit pulak restoran ini. Tak pasti sejak bila ia dibuka sebenarnya.




Konsep yang diketengahkan BYADELROSMI adalah masakan Thai dan masakan panas.




Dah beberapa kali hajat nak makan kat sini rasanya dah dari tahun lepas tapi setiap kali teringat tu adalah hari di mana BYADELROSMI bercuti iaitu hari isnin. Salah satu sebab teringin tu sebab tergoda tengok menu utamanya Miang Pla Pao dan Oyster. Tapi, tak jadi pesan oyster, kita makan Miang Pla Pao jer.




Pesanan kena tulis sendiri kemudian hantar sendiri ke kaunter. Bayaran boleh dibuat selepas makan dan makanan akan dihantar ke meja oleh staf.




Orang ajak makan Miang Pla Pao tapi PI nak makan Mee Hailam pulak. Terkejut tengok udang besar-besar, empat ekor pulak tu udangnya. Tak silap harganya dalam RM12 - RM15, lupa dan tak dapat resit pulak semalam. Rasa kuah mee hailam ni tidak mengecewakan, nampak licin jugaklah PI makan.




Miang Pla Pao Siakap, RM30.90. Ikan siakap tu dah siap buang sisik, diperap dengan garam kunyit dan mungkin ada penggunaan tepung beras. Teksturnya rangup tapi tak keras, ikan pun fresh. Tapi tu laaa... sebenarnya Sk nak cari Miang Pla yang ikan atau makanan laut yang dibakar, dekat sini semua dorang goreng salut tepung.




PI makan sikit aje ikannya, dia tak minat siakap goreng macam ni kecuali dimasak tiga rasa. Hurmmm, kalau Sk tahu dia tak nak, Sk kerat dua jer ikannya, separuh bawa balik. Dah... Sk makan sorang-sorang ya ikan ni, dahlah besar. Cicah dia sedap betul, pedas-pedas manis sikit, memang sedap. Yang bestnya, bila Sk minta tambah sos, dia bagi semangkuk lagi banyak dari yang sebelumnya ni. Yang bestnya lagi, servis dia cepat betul!


Burppp... Alhamdulillah.

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Sedapnya miang pla tu. Kalau sambal tu sedap lagi nikmat makan.

    ReplyDelete
  2. Sedapnya...besar2 udang kat mee hailam tu ye...nanti balik JB lagi boleh la cuba..kalau Encik suami tu nak melayan kita..haha

    ReplyDelete
  3. Sedap nampak miang pla tu, tapi makan sorang jenuh juga nak habiskan tu...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!