Assalamualaikum WBT
DUA hari (Khamis dan Jumaat), Sk ceri beri tak tahu apa punca. Taklah teruk sangat, sebab tu masih bertahan cuma dapat rasa ianya tak normal. Dia mula kena hari khamis sebelum lunch dalam pukul 10 pagi kot, tapi tak ada apa simptom macam sakit perut ke apa. Lepas tu kena lagi lepas solat zohor, pun sama, tiba aje rasa dah sampai kat hujung, hahahaha. Puas memikir tersalah makan apa. Cuma yang Sk ingat, dari hari selasa malam, perut ni rasa mengeras, hari khamis baru datang ceri beri. Malam hari khamis, Pak Inche ajak keluar makan, risau jugak kalau kena lagi sebab petang tu balik rumah pun kena. Mujurlah, selamat tak apa-apa terjadi dari malam sampai pagi.
Sarapan pagi Jumaat, Sk panaskan Kuey Teow Goreng yang Sk tapau dari Restoran Al-Anisah hari rabu petang, lepas hantar jeruk kat rumah Cik Ani. Selain kuey teow goreng ni, Sk tapau jugak mee hailam dan mee wantan, kedua-duanya dah wassalam malam rabu tu jugak, tak sempat nak ambil gambar pun. Aaaa.. lepas makan kuey teow tu datang lagi ceri beri, ingatkan dah hilang. Nak buat air tepung, petua untuk cirit-birit tapi punyalah malas nak bangun buat, sampai ke sudah tak buat.
Syukur, semalam pagi dah sembuh dari ceri-beri, dapatlah bawa PI sarapan di Ashoka Curry House. Dah berapa kali PI menyuarakan nak makan apom. Masa pergi Penang tuari pun cari apom tak dapat. Tu takpa, malam sebelumnya, dia ajak pergi mengeteh dan makan tosei pukul 11 malam, kita ni dahlah mengantuk, memang malas nak layan, hihi.
Dah dicubit apomnya, baru teringat nak ambil gambar. Sebenarnya cara makan apom yang betul, cicah atau tuang susu kemudian cicah dalam gula merah tu tapi PI makan cicah kuah kari. Sk suka cicah susu kemudian cicah kari.
Pada mulanya, Sk keliru sama ada nak makan tosei rawa atau Puri. Tosei.. Puri... tosei... Puri... akhirnya ambil Puri, hehehe. Dah makan puri, menyesal pulak tak ambil tosei rawa, hahahaha.
Sakit perut ceri beri ni risau kalau nak makan benda lain. Risau terkeluar semula nanti. Penat makan penat membuang. Tak pernah lagi makan apom. Sedapnya roti puri. Lama tak membuat, sebab malas. Kalau makan luar, boleh pilih pilih nak makan mana. hehe..takpelah, next time order tosei rawa pulak. Ada alasan nak makan kat sini lagi kan.
ReplyDeleteAda apom pula. Kak Amie tiba2 teringin pula nak makan apom. Haaa sudah!
ReplyDeleteSA x pernah makan apom tu..puri ada la jugak makan...
ReplyDelete