MAKAN DI RESTORAN HUA MUI ECO BOTANIC

Seri Kandi Tanah Jauhar
9

 Assalamualaikum WBT 


KONONNYA dulu tak nak dah datang makan lagi di Hua Mui cawangan Eco Botanic tapi hari tu tersampai jugak ke sini bagi memenuhi permintaan Pak Inche yang teringin Mee Hailam Hua Mui. Sk dah tiga tahun jugaklah tak makan kat sini, hahaha. Eh, bukan sebab boikot betul-betul macam yang SK pernah cakap dulu, tapi setiap kali sampai, restoran telah menutup pesanan dan ada jugak masanya dari jauh nampak bangku-bangku dah dinaikkan ke atas meja. Masa asyik 'tak time', Hua Mui pun awal sangatlah pulak tutupnya. Walaubagaimanapun, Iman ada datang dengan PI tanpa Sk bersarapan di sini baru-baru ni masa Iman cuti semester.




Rabu minggu lepas, 9 Oktober, datang sini dah pukul 8 jugak, syukur masih dibuka. PI laju-laju masuk takut tutup, haha. Mungkin dorang dah tambah masa perniagaan, dulu lepas maghrib jer tutup dah. Dekat depan pintu, ada poster besar gedabak yang menggamit nostalgia. Ini adalah gambar restoran cawangan pertama yang dibuka di pusat bandar berpuluh tahun lampau dengan nama Hwa Mui. Cuma masalahnya di sini susah nak dapat parkir. Bolehlah kot kalau nak parkir dekat tapak parkir Metro berhampiran cuma kena rajin menapaklah.




Sistem pesanan terkini dengan cara mengimbas QR Code yang akan dicetak dan dihantar ke meja bersama buku menu seorang satu. Restoran menyediakan kemudahan WiFi bagi mereka yang mengalami masalah line internet.




Pilihan Tuan Tanah Kedaung, Hainanese Chicken Chop.




Ayam bersalut tepung digoreng terendam,  ada potato wedges, coleslaw dan salad serta tomato dipanggang. Sk cakap dengan PI, tak ada kacang pea pulak, PI kata, cuba tengok dalam sos tu. Sk korek a ah, memang dia letak kacang pea dalam sos. Sebelum ni dia letak terus dalam pinggan dengan sos. Besar giler ayam dia, berbeza dengan masa Sk makan sebelum ni, dahlah kecik, berminyak pulak, tu yang konon tak nak dah makan kat sini lagi.




Bila kita tuang sos tu, banyak kacang pea. Dulu pernah eh, masa tu PI makan di restoran cawangan Taman Sutera, lima enam biji jer kacang pea, nak tambah, kena tambah wang, hahaha. Sk cakap, agaknya pasal dia dah nak tutup kedai, dah pukul 8.30 malam. Wedges pun banyak. Nanti kita cuba datang siang pulak tengok porsi dia sama ke tak, hehe.


        

        


PI dan Mihun Hailam idaman. Cili jeruk dia sedap betul!
Tiap kali tengok mihun hailam ni teringat ini, arwah abah pun suka sangat mihun hailam, nanti abah pesan satu pinggan hidang tu makan ramai-ramai. Arwah abah pun dah lebih 30 tahun meninggal, nostalgia sungguhlaaaa.




Datang sini tak boleh tidak, kena pesan roti bakar. PI minum teh ais, Sk minum ais kosong jer la. Dia jangan mula ya ambil air manis, nanti ketagih gula, huhu. Jaga badan kesihatan la katakan.

Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. akak saya pun dah terikut-ikut PI suka order mihun hailam skrg ni..dulu nak cuba2 rasa je,bila dah tau sedapnya asyik order yang tu je lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaaa.. sedap, kan Mee Hailam. Agaknya rezeki Afzan jugak tu dapat mee hailam yang sedap sampai ketagih, hehehe.

      Delete
  2. Nampak menyelerakan. Selamat menjamu selera.

    ReplyDelete
  3. Chicken Chop memang tak mahu yang berminyak! Potong selera orang kata.

    ReplyDelete
  4. tu yang kadang2 tak order chicken chop, lagi2 tempat yang baru 1st time dtg..kalau banyak minyak, terus potong...baik lah yang grilled je

    ReplyDelete
  5. Mesti ramai yang komplen ni tutup cepat. Bagus jugalah dia extend operation hour tu. Kalau tidak terkejar kejar orang nak datang makan kat sini. Lagi parah kalau ada yang mengidam. Nampaknya ada pembaharuan sistem dan masakan tu ye. Baguslah porsi ayam dia besar. Sekarang rata-rata saiz ayam mengecil je.

    ReplyDelete
  6. Hwa Mui yang kat bando tu susah betul nak makan situ..penuh aje...sehingga hari ni SA blom berjaya makan di mana- mana Hwa Mui...nak gak cuba makan situ..hujung bulan ni kita cuba ye

    ReplyDelete
  7. bihun hailam jrg tgk org order..biasa mee hailam kan...sedap tu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!