Assalamualaikum WBT
SAMBUNG kisah pasal black out tuari, dalam episod tu baru berlaku black out, belum lagi upgrade DB Box, tapi dah tersasar pulak tajuknya, malas nak tukar, hihi.
Kerja-kerja pendawaian dimulakan. Nak tak nak, kena tebuk la cornish frame ni. Wallpaper tu takpelah nak koyak pun, sebab memang plan nak cat baru dinding ni cuma bila nak cat tu tak tahulah. Dari tahun lepas konon nak cat tapi asyiklah ke laut perancangannya. Nampak tak bahagian yang sebelah tingkap tu dah kosong, tu Sk cabut masa raya haji lepas akibat rosak. Siling hujung tingkap tu dah bocor, huhu. Nampaknya lepas ni kena buat bumbung pulak sebab En Kalam beritahu memang agak teruk kerosakan bumbung. Maklumlah, bukan rumah baru, dah 20 tahun.
Beberapa pendawaian baharu dibuat iaitu dua buah bilik yang meliputi pendawaian tiga buah lampu dan sebuah kipas. Dua lampu kami tukar ke jenis LED manakala kipas kekal. Satu lampu lagi memang dah ditukar ke lampu LED. Transformer pada salah satu lampu tu jugak dah terbakar.
Kemudian kami tukar jugak empat buah point melibatkan mesin basuh pakaian, mesin pengering pakaian dan dua point yang Sk gunakan untuk periuk nasi dan periuk tekanan. Cuma empat ni la point plug yang terjejas selain satu point dalam bilik Iman. Tapi, yang dalam bilik Iman tu kami buang la, sebab tak pakai sangat. Semua point ni ditarik dari point asal beberapa tahun lepas, bukan baru. Lama-lama dia tak dapat dah nak menampung beban arus elektrik. En Kalam beritahu, memang mana-mana rumah lama pun, bagus untuk naik taraf DB Box masing-masing sebelum terjadi perkara tak diingini.
Dah siap! Jenuhhhh.. pukul 5.10 petang baru selesai semuanya. Keseluruhan yang hangus RM2,200.00. Phewwww.. berpinar bijik mata nak membayo!
Nanti kita cabut wallpaper ni, kita cat pulak. Nak cat warna putih aje la, biar terang-benderang, hahahah.
Kena cari tukang cornish pulak la, tapi kena baiki bumbung bocor dulu. Kena tunggu duit getah bulan depan la pulak nampaknya, huwa huwa huwaaaa!
Woohoo...banyak juga nak bayar wang hangus ya SK. Apa boleh buat. Untuk keselamatan juga.
ReplyDeletepergh..RM2,200 ye...rumah SA x tau la berapa kena nanti...
ReplyDelete