MAKAN DI RESTORAN NASI BAMBOO SUNGAI KLAH, BEHRANG

Seri Kandi Tanah Jauhar
12

 Assalamualaikum WBT 


EPISOD jalan-jalan cari makan diteruskan dalam perjalanan pulang dari utara. Ketika Pak Inche mengambil giliran memandu dan perut pun sudah berkeroncong, PI meminta Sk mencari lokasi restoran yang menarik di KL. Sk buat carian di TT, fyp salah satunya Restoran Hidang, restoran yang Khairulaming jamu Perdana Menteri New Zealand makan roti jala tu, hahaha. PI kata, jom! PI ni biar betul? Pertama, kena masuk KL. Kedua... tentulah bukan murah-murah punya kot. Dan yang ketiga, takut tak kena dengan citarasa dia yang cerewet tu.



Sk buat carian lain dengan memasukkan kata kunci Makan Viral Tanjung Malim. Macam tak percaya pulak bila fyp pulak Nasi Bamboo Sungai Klah. Tengok rupa bangunan kedai, tak sama dengan Nasi Bamboo Sungai Klah yang biasa kami pergi. Alamatnya pula di Behrang. Rupa-rupanya, NBSK dah ada cawangan di Behrang, laaa. Dah dua tahun pun buka kat situ, padahal kami dulu-dulu selalu lalu sini tau. Agaknya lepas kak sakit kan kami dah jarang balik utara dan Iman pun dah habis belajar di Ipoh, tu yang tak lalu sini lagi.


         


Seksyen lauknya lebih tersusun bermula dengan seksyen bakar-bakar, goreng-goreng, ulam-ulaman, sambal belacan dan air asam, nasi, gulai dan sayuran. Tak cukup tangan nak ambil semua gambar lauk-pauk. Bagi Sk lebih tersusun dan meriah jugak gulai-gulainya.




Ambil ayam bakar, kambing bakar dan ikan talapia bakar. Selain tu ambil jugak lauk daging salai masak lemak cili api untuk Sk dan kuah kari untuk PI. Ada jugak sayur bayam goreng dan kerabu babat. Ulam-ulam berdaun tak ada pulak, mungkin dah habis, yang ada jantung pisang, timun dan bendi. Bagi Sk masakannya okey la, tapi suasana tu yang best nak nak pulak nasi yang dibungkus dalam daun simpo (tak silap) dan diletakkan pulak dalam buluh.




Tengahari.. tengah panas dan tengah lapar... hahahaha. Kalau dulu asyiklah makan nasi daun pisang, sekarang suka makan nasi lauk-lauk kampung tapi kari mesti mahu ada!




Ni bukan nak ambil gambar siling cuma tak mahu ambil gambar orang, hehe. Suka sistem dekat sini lebih mudah sebab semua lauk-pauk dan nasi dibayar sekaligus. Kaunter minuman berasingan, jadi lepas bayar lauk, boleh terus letak dimeja kemudian pergi beli minuman. Minuman semua siap bancuh, tak silap ada lebih dari lima pilihan jugak seperti asam boi, jagung, mata kucing, tembikai dan beberapa lagi.




Kambingnya dipotong tak sama saiz, ada yang tebal, ada yang nipis. Yang tebal ni liat sikit tergeliat rahang kita dibuatnya maklumlah, remaja purba, hahaha.




Dia punya resit tak details, semua item tulis lauk, jadi dah tak ingat lauk yang mana. Tapi, ada jer harga diletakkan dekat lauk-lauk tu, bolehlah bajet cuma kalau dah tengah lapar, mana nak ingatnya, hahaha.

Post a Comment

12Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. PH pernah lalu sini tp masa tu dah lunch kat tmpt lain.
    Sedap mcm yg dekat Sg Klah tak SK?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa macam sini ok lagi, mungkin faktor keselesaan jugak. Orang pun tak ramai sgt mcm kat Sungkai, PH.

      Delete
  2. oh ada juga cawangan lain ye..pernah pegi yg femes tu...bila lapar mcm2 lauk nk mkn tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, kena beringat datang berdua aje, parah nak habiskan nanti, hihi.

      Delete
  3. ooo dah ada cawangan...bagus ni...lauk semua nampak sedap la..lama plak x makan daging salai...eh...lepas 9hb kena makan daging la..ramai nya tayang daging ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi daging salai dia tak boleh celen lomak salai tampin la, SA.

      Delete
  4. wahh dah ada cawangan lain. boleh la singgah sini kalau taknak bersesak dekat yg tempat biasa tu

    ReplyDelete
  5. Ohh dah ada cawangan, bagus ni.

    ReplyDelete
  6. Lama tak makan ikan bakar berlada.

    ReplyDelete
  7. Kalo di receipt tak detail macam nih Jadj susah kalo naik ingat menu apa ya kak 😄. Kalo bukan blogger tak apa. Kita yg suka menulis review jadi bingung . Langsung mengarang indah nama lauk 😄

    ReplyDelete
  8. Memang ngam betullah pilihan lauk-pauk begini time makan tengah hari.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!