MENGINAP 3H2M DI SUNWAY HOTEL BUTTERWORTH

Seri Kandi Tanah Jauhar
11

 Assalamualaikum WBT 


BALIK kampung tak balik kampung sangatlah kalau tak tidur di kampung. Sk cakap dengan Pak Inche, tak kisahlah nak tidur di mana, tidur hotel boleh, tidur Kuala Ketil pun boleh. Tapi, tak nak tidur The Jerai Hotel, nak hotel lain pulak, tukar angin, hehehe. Maknanya, dia nak tidur hotel jugak la kan.. hahaha. Sebenarnya, tak nak susahkan kak, nanti nak kena sediakan bilik dan makanan, tahulah, adik ipar dia ni bukan boleh diharap 🫣.




Daftar masuk di kaunter seperti biasa untuk semak butiran tempahan kemudian kami diberi nombor tempahan untuk dimasukkan ke dalam sistem layan diri. Pertama kali guna sistem layan diri semasa daftar masuk hotel. Mujur juga ada bantuan dari staf dan kami sahaja yang daftar masuk pada masa tersebut. 




Pertama kali rasanya Sk menginap di rangkaian Sunway hotel. Sunyi jer eh hotel ni, tak ramai tetamu, mula Sk ingat sebab hari Jumaat, esok ramailah. Kawasan parkir disediakan cuma di hadapan hotel, terfikir bila dah ramai mesti leceh nak parking.




Katil Standard King dengan sebuah single sofa dan meja kopi. Luas jugak biliknya, ruang solat pun luas.




Ada ruang bekerja jugak, senang PI nak buat kerja office dia.




Dinding bilik air di bahagian sinki ni menyerong 45°.




Ruang mandi terpisah dengan tandas. 
(Ampunnnn wakkkk, ada gambar tandas, hihi)




Ada cermin dinding yang besar seperti kebanyakan hotel. Kedudukannya di bahagian dinding yang 45° tu. Di bahagian atas cermin ada lampu kuning yang menyala malap-malap macam lampu kecemasan. Ada cerita pasal lampu ni, cerita seram, hahahahah.


Eh, cerita seram pun boleh gelak kau ya, Sk!


Ceritanya macam ni. Malam hari pertama tu, Sk dah tidur dulu, PI layan handphone. Dalam tidur tu, Sk bermimpi, tak ingatlah mimpi apa, tapi macam ada orang tepuk-tepuk dinding. Bunyi tepuk dinding tu membawa ke luar mimpi. Rupa-rupanya PI yang tengah tampar-tampar cermin dalam keadaan marah. Sk terus terfikir, ada 'benda' mengganggu atau buat bising dalam bilik air tu sampai PI tampar cermin suruh 'dia' diam. 


"Kenapa, bah?"


"Ni lampu ni, mana suis dia???!"


Lahhhh.. mati-mati ingatkan ada benda kacau, hahaha. Punyalah berdebar Sk ni, dalam berdebar tu, Sk bangun cari suis lampu tu, dua kali cuba terus jumpa. Sk syak PI tekan suis dua kali, sebab dia guna suis tekan-tekan tu.


PI kata, dia dah tertidur lepas tu terjaga sebab silau, cari-cari suis tak jumpa, tu yang bengang. Tambah bengang agaknya tengok bini tengah syok berdengkur, kan.. hahahaha.




Seterika dan papan penggosok disediakan.




Tapi, laundry bag tak ada. Tanya house keeping, mereka beritahu memang tak sediakan laundry bag. Apo?? Nasib baiklah kami ni memang selalu standby laundry bag lebih. Tapi, Sk geram jugak, Sk ambil plastik sarung bantal extra buat laundry bag, puas hati! Siapa suruh tak sediakan laundry bag?




Mengopi dan mengeteh.




Sarapan hari pertama, pinggan pertama mestilah American Breakfast.




Banyak side dish dia.




Lepas tu makan Kuey Teow Goreng. PI kata, tak berapa tapi bagi Sk sedap sampai rasa nak tambah. Tapi, tak tambahlah sebab lepas sarapan PI ajak jalan-jalan ke Medan Selera Pasar Taman Sama Gagah. PI umpan ada serabai.




Serabai tu serabai.. tetap jugak makan cucur ni lima keping, hahaha.






PI kata, ni la kacang orang buat kacang pool tu. Tak beli sebab peniaga tu kata tak tahan simpan dalam kereta 2, 3 hari.




Dapat jugak Sk beli serabai ni, dah lama teringin. Serabai RM4/ 5 keping. Sedap betul cicah dengan kuah manis tu, nak nak bila bahagian kerak-kerak tu. 




Lepas tu, PI ajak makan capati. Sedapppp.




Hari kedua, hari balik, kena makan kenyang-kenyang. Kali ni Sk ambil nasi lemak dan Ayam Masak Merah, sedap.




Makan Bihun Goreng Singapore dan Cucur Sayur lagi. Cucur ni favourite Sk.




Kek pisang, French Toast dan Cinnamon Rolls.



Tengok cinnamon rolls alahai, takde rupa tapi bila makan, sedap pulak. Sebagai persediaan memandu jauh, Sk bedal Americano dua cawan, hehehe.




Harga buffet sarapan RM40+




Dah check-out. Pakai topi sebab takut tercicir, malam sebelumnya hujan masa keluar pergi makan dan nak balik hotel. Kawasan parkir kan tak berbumbung.




Singgah beli jeruk.




Tak yah dah pergi pulau kalau nak beli jeruk. Beli jeruk untuk kakak adik dan kawan office jer.

Post a Comment

11Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Cucur nampak sedap..cucur bakwan ye?

    ReplyDelete
  2. lama tak jengah sini..tengok2 dah sampai utara dah akak

    ReplyDelete
  3. Adoi.. Seram betul kejadian yang menimpa tu... Hihihi...

    ReplyDelete
  4. ni hotel panel company...kalo oustation penang mmg stay sini..wah dh ada sitem layan diri skarang ye utk check in

    ReplyDelete
  5. Best kan duduk hotel.
    Makan pun sedap, banyak pilihan.
    First time dengar ada sistem layan diri sebelum masuk hotel.

    ReplyDelete
  6. haishh rindu utara. rindu food sana. rindu serabaiii

    ReplyDelete
  7. haha suspen cari suiz lampu ye SK hehe :)

    ReplyDelete
  8. Tak jadi wak nak tegur.
    Sebenarnya wak tak pernah nginap hotel.

    ReplyDelete
  9. Dah makin canggih hotel sekarang nak check ini. Pertama kali guna ni masa check in Padi Sentral Sekinchan. Aduhaii baru nak seram dengan ceritanya. Sekali terhibur lah pulak. Seram bertukar lawak tiba². Bilik dia selesa nampaknya. Luas dan bersih. Paling best kalau tidur hotel included breakfast kan. Macam-macam boleh makan.

    ReplyDelete
  10. Kalau menginap di hotel, masa sarapan pagi yang paling syahdu.. Hihi.

    ReplyDelete
  11. PH pun kalau balik kg Baling tidur hotel/homestay juga. Rumah Kakak pun dah penuh dgn anak menantu & cucu²nya :D
    Kami pernah stay sini juga 2-3x dah. Nice hotel.
    Jeruk madu Pak Ali tu wajiblah jadi buah tangan kan...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!