Assalamualaikum WBT
ADA cerita duka terjadi pada malam sehari selepas balik dari Penang. Sk cuci baju dalam mesin, malam tu Pak Inche ajak makan di Adam's Kitchen cawangan Kulai. Sk baru letak tudung atas kepala, nak pin dagu tetiba gelap. Mujurlah Sk bawa handphone masuk bilik, Sk terus hidupkan fungsi lampu suluh dan keluar bilik. Benda pertama bila black out yang kita periksa adalah rumah jiran, betul tak? Hahaha. Okey, tengok rumah jiran depan terang, jiran sebelah kanan pun terang, sah, rumah kita sajalah yang black out. PI tolak suis utama pada kotak DB (Distribution Box - Kotak Suis Agihan Lengkap), ia tendang balik. Kemudian, kami off suis-suis lampu, cabut semua plug dan PI ulang tolak suis utama, pun tendang balik.
Nak minta bantuan adik ipar, Che Li berada di luar kawasan. Kalau ada dalam kawasan pun rumah dia jauh jugak nak datang saat kecemasan ni. PI telefon seorang juruteknik yang biasa dihubungi pun, tak angkat. Abang Talib (juruteknik merangkap suami sepupu) yang tinggal berdekatan, khabarnya dah pencen buat wiring. Sk teringat baru-baru ni ada baca satu post di fb, iklan satu syarikat yang menawarkan perkhidmatan 24 jam sekiranya berlaku black out. Sk masukkan carian black out dan klik link yang diberi, Sk terus telefon, syukur, technician tu kata akan datang sekejap lagi.
Kita berlilin dulu la. Pasang dua batang jer, sebatang lagi di dapur.
Penyelamat dah sampai buat trouble shooting. Namanya, Encik Kalam.
Inilah yang berlaku sehingga menyebabkan suis utama 'tendang'. Mujur tidak berlaku sesuatu yang lebih mudarat sebab kami langsung tak perasan sebarang bau terbakar.
Satu point suis ni terbakar. Mujur-mujur-mujur.. mujur tak ada spark atau apa-apa bahan mudah terbakar berhampiran. Lepas dia terbakar, main switch tu automatik off. Pernah ada pengalaman sebelum ni, suis ni terbakar dan ianya disedari Iman, cepat-cepat Iman off main switch. En Kalam cerita, ada satu kes, sampai jatuh box tu, sebab main switch tak tendang. Allah.. minta simpang malaikat 44, kata orang tua.
Kemudian, beliau periksa satu persatu point plug untuk mengesan punca black out. Dapatlah puncanya dari point-point plug yang disambung dari point asal. Menurut beliau, sepatutnya jika nak tambah plug atau suis, kena tambah dan sambung dari DB Box, tapi biasalah, kita ni nak jimat dan mudah, sambung dari benda dah ada. Lama-kelamaan ia tak dapat lagi menampung beban arus elektrik, tu yang terbakar.
Penyelesaiannya, kena buang atau ganti pendawaian baru. Dia tanya, pakai tak, PI jawab buang aje. Eh eh dia ni.. Sk tanya PI, lepas ni babah nak masak satu-satu ke? Nak cuci baju lepas tu nak keringkan tunggu nanti? Jadi, En Kalam kata, kena buang yang lama, ganti yang baru tapi kena sambung terus dari DB Box. Kami buat temu janji hari Sabtu pagi sebab PI ada rumah hari tu.
Lepas selesai semua, kami keluar makan dekat-dekat jer la, tak jadi sampai ke Kulai. Restoran baru buka, AZZ Roti Canai dan Sup Tulang.
Sk pesan Roti Sarang Burung. Rotinya sedap tapi telur dia tu terpisah dari sarang, hehehe.
PI makan Roti Canai sekeping dan Mee Bandung. Terlupa rupanya ambil gambar Mee Bandung PI.
Lepas makan, balik rumah, baru sahaja masuk bilik nak tukar baju, black out semula. Aduh, ingat dah selesai, apa lagi yang tak kena? Sebab En Kalam dah matikan suis yang sepatutnya.
En Kalam datang balik untuk kesan masalah. Dah macam penyakit berjangkit pulak ni, bila dikesan semua point lampu bilik utama dan bilik tengah pulak terbabit. Kena buat jugak tu sekali. Buat aje laaa.. takkan nak biar bergelap. Dan takkan nak bergelap sampai hari Jumaat, PI suruh buat esok paginya jugak, tapi PI akan masuk pejabat dulu... kemudian WFH.
Bersambung...
Kalau rumah dah lama.. Memang elok upgrade DB tu.. Sebab sekarang mostly semua barang pakai elektrik...
ReplyDeleteRumah baru pun, kalau memang niat nak pasang ekon semua bilik, upgrade je DB siap2..
Aaa.. En Kalam pun nasihat begitu.
Deletehurm..SA pun mengalami masalah sama bab DB ni..ni dah hampir sebulan x leh on lampu kat tingkat atas, tapi plug boleh guna..DB box atas tu memang mintak ganti tu
ReplyDeletePendawaian lama ni memang kena tukar baru. Risau tak dapat menampung beban jadi macam tu. Mujur juga dia tendang balik. Nak tak nak kena tukar baru. Sekarang ni dah macam-macam peralatan elektrik kita guna. Extension tu pun tak boleh nak guna banyak-banyak.
ReplyDeleteSemoga dipermudah segala urusan. Aamiin...
Uish…cemas sungguh kalau bab letrik ni Sk.
ReplyDeleteSyukurlah takde kejadian buruk.
Saya selalu tinggal sorang kat rumah dengan DB zaman dulu kala, memang seram setiap kali letrik trip bila ada petir kuat. Sebenarnya eloklah trip kan, tanda berfungsi elok.