Assalamualaikum WBT
TAK sangka pulak, baru semalam Sk tulis dalam post Masak Ayam Kicap, "Tak sabar nak tunggu berita baik yang akan diumumkan dalam masa terdekat", tup tup ianya diumumkan tengahari semalam. Sk kurang pasti bagi orang lain tapi bagi Sk, apabila Duli Yang Amat Mulia, Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor mengumumkan cuti hujung minggu bagi negeri Johor dikembalikan pada hari Sabtu dan Ahad, ianya adalah berita baik. Ini bermakna Sk tak perlulah lagi asyik ambil cuti hari ahad dengan alasan 'Urusan Keluarga' hahaha. Cuma tulah, itu maknanya dah tak ada lagi 'me time' di hari Jumaat, hihihi.
Pak Inche minta masakkan Sup Tulang hari ahad lepas. Sk tanya, nak sup tulang versi apa? Siam ke, melayu ke, mamak ke? PI kata, tak kisahlah mana-mana. Jadi, Sk buat yang biasa, versi melayu kot, hehehe. Beberapa hari sebelumnya pulak, salur air di bahagian yard (belakang) rumah Sk tersumbat dan salur mesin basuh pulak putus. Jadi, ganti dulu salur mesin basuh dengan salur baharu dan masukkan asid floor trap dalam lubang lantai. PI jangan disuruh, nanti dia tak fikir panjang ya, terus panggil plumber, melayang RM400. Walaupun duit dia, Sk tak sampai hati. PI ni bukan orang teknikal, setakat ganti mentol rosak tu dia bolehlah buat. Yang lain memang dia upah orang aje. Takpe, la, kita buat jer sendiri. Nanti tahun depan minta duit raya lebih sikit, huwa huwa huwaaaaa.
Ada seketul jer tulang pipih sebesar tapak tangan bersalut daging. Yang lain tu tulangnya macam serpihan aje, tapi isinya banyak, ada tiga empat ketul, cukuplah makan berdua. Sk rebus dalam periuk noxxa bersama halia dengan tetapkan HP 50 sebab tak nak lembut sangat. Biar feel sikit mengunyah, hahaha. Dah siap lepaskan wap periuk, Sk terus masukkan sebiji bawang besar yang tak berapa besar, bahagian bawah daun sup, bahagian bawah daun bawang (tak reti nak sebut apa) dan sebungkus sup bunjut khas tulang.
Ada kawan,orang Baling jual Hilal ni iaitu perencah untuk masakan. Sk beli dua bungkus, ni pertama kali letak hilal ni, Sk agak-agak jer la, letak setengah sudu kecik. Tak berani letak banyak-banyak sebab tak tahu sebenarnya banyak mana nak letak, hihi.
Sup yang ni tak ada tulang dan dagingnya, PI perah limau nipis. Ada rasa masam-masam sikit la, macam sup siam.
Malam tadi, masak nasi goreng. Ada sikit nasi lebih dan nasi sepinggan yang tapau dari
Stesen Kopitiam, sabtu lepas. Sk buka-buka jer bekas nasi tapau tu, terkejut tengok telur dadarnya hilang. Nasi tu dia tapau dalam bekas yang ada partition tu, dia letak sekali telur dan sayur dalam satu bekas. Rupa-rupanya PI makan telurnya, lepas tu PI kata, orang tu tak masukkan ayam sekali, hahaha. Nasib baiklah PI tak jumpa ayam tu, ayam tu diorang asingkan dalam bekas lain. Sk masak nasi goreng ni guna cili giling Terengganu yang beli pasal nak
masak Sambal Udang Petai, hari tu. Tumis bawang putih cincang dengan cili giling tu, kemudian masukkan sos tiram, pecahkan telur, kacau, masukkan ayam goreng Stesen Kopitiam yang dah dipotong kecil dan nasi dengan sayur lebih tu. Kacau-kacau-kacau, akhir sekali masukkan daun sup dan daun bawang. Kali ni Sk tak letak belacan. Huishhh, sedap bebeno pulak nasi gorengnya, hahaha.
Panaskan sup tulang lagi seketul. Tulangnya semua lerai ya, tak ada tulang dah. Dari lepas rebus tu tulangnya tanggal terus dari daging, hehe.
Telur dua biji ni asalnya telur separuh masak PI untuk sarapan hari ahad tapi PI keluar sarapan dekat
Soto Perdana Madu 4.
Dinner kami malam tadi. Sebenarnya PI ajak makan Mee Wantan, fuhhh, Sk cakap, selamat duit babah RM40.
Nasi Goreng Ayam dan Telur Rebus yang betul-betul sedap. Burppp... Alhamdulillah.
Jimat terus kan...hahaha...sedapnya sup tulang..sejak PZ x leh makan daging ni..memang jarang amsak sup tulang..tgok entry ni terus teringin
ReplyDeletesedap tu sup tulang ..makan panas-panas ada pula cili kicap..yummy
ReplyDeleteKalau hari hujan nikmat betul hirup sup tulang ni. Perah dgn limau nipis & ada cili kicap, dappp
ReplyDeleteBetul2 mengiurkan semua menu tu... Puas hati masak kat rumah... Jimat sikit haa
ReplyDeleteSenang dah cuti sabtu ahad kan. Sama, tak kalut nak ambil cuti hari ahad. Ada pulak yang request Jumaat half day je. Kalau dapat, beronok ronok lah kan.
ReplyDeleteTrend duit raya nampaknya isu sekarang. Semua isteri pakat mintak duit raya akan datang. hihi...
Fuhh...hirup sup panas panas dengan isi daging lembut memang nikmat betul. Sambal kicap jangan dilupakan.
Aah, dengar gak pengumuman cuti tu ...
ReplyDeletePandainya SK, kalau PH x reti juga benda² teknikal gini...
Sedapnya nasi goreng makan dgn telur rebus... Pastu hirup sup... Perghhh ...
tahniah orang johor. dah sama cuti berehat dgn kami.
ReplyDeleteLapaaar saya liat sup tulang. Jadi teringin makan SOP pula 😄.
ReplyDeleteLega dah tu kat balik satu ahad, senang kalau ada event keluarga. Nampak sedap sup Tulang tu
ReplyDelete