MAKAN MALAM DI RESTORAN YX

Seri Kandi Tanah Jauhar
14

 Assalamualaikum WBT 


KISAH minggu lepas, hari panggil technician buat pendawaian baharu dan upgrade DB Box.




Pak Inche ajak makan di Restoran YX. Meriah betul suasana malam tu padahal hari selasa. Kemudian, baru perasan macam ramai yang datang tu berkumpulan dan ada yang pakai uniform kerja. Agaknya bos dorang belanja makan la, dah macam dalam k-drama tengok dorang makan dan borak-borak, hahaha. Feeling macam kita pun ada dalam k-drama tu sekali, kahhhh!




Pelbagai jenis ikan dan pelbagai cara masakan ditawarkan. Eh, baru perasan dekat sini ada cara masakan bakar garam.




PI tunjuk menu Mee Umur Panjang. Selalu jarang belek menu mee ni. Sk bayangkan, mee umur panjang ni, panjang-panjang mee tu. Pernah tengok satu k-drama, anak dia tengah makan mee, lepas tu mak dia pesan, mee tu jangan gigit, kena masukkan sepanjang-panjang tu dalam mulut sambil dikunyah. Jangan gigit atau putus di luar mulut agar panjang umur. Itu kepercayaan nenek-moyang mereka.




Shark Fin Soup with Crab Meat kegemaran PI. Ambil saiz S, RM20. 
Sedap makan dengan cili padi, Sk tumpang hirup jugak sesudu dua. Sk tak kisah sup ni wujud ke tak kalau makan di Seafood Restaurant tapi bagi PI benda ni wajib, huhu.




Lemon Crispy Chicken, RM22. Sedap, ni kalau ada Iman kena ambil saiz M, baru cukup. 




Bagilah macam-macam jenis ikan pun, tetaplah ambil ikan siakap, hehehe. Kali ni PI nak makan cara masakan Siakap Stim Hong Kong. Harga sekilogram RM55, yang ni berat dalam 850 gm, RM46.75.




Ikan tu dia potong asingkan tulang utama dan bahagian isi tetapi tidak putus. Seimbang rasa sos dia tapi kena makan dengan cili la, baru kick!




Tapi, sayur baby kailan dia malam tu macam tertumpah sos tiram! Baby Kailan ni RM12 saiz S.




Hot Plate Bean Curd, RM12. Ni pun favourite PI, wajib ada. Sk ni ikut aje apa PI nak makan, tak adanya nak merajuk-rajuk ke apa sebab semua yang PI gemar, Sk boleh makan dan terima di tekak.




Ambil 4 lauk aje, dah janji siap-siap, jangan ambil udang dan sotong, nanti tak habis. Burppp.. Alhamdulillah.

Post a Comment

14Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Alhamdulillah... Wah sedap tengok kak sekeluarga makan... Lama sudah tak makan, makanan Korea ni...

    ReplyDelete
  2. Kita tengok pun telioq aih ahahaha 😆

    ReplyDelete
  3. chinesse dishes memang padu sangat SK.. semua nampak sedap2

    ReplyDelete
  4. Kita x lepas2 lagi makan kat sini..

    ReplyDelete
  5. Saya tak bisa lah makan mee panjang umur tuh tanpa putus. Susah sangat hahahaha.

    Nampak sedaap semuanya kak. Chinese foods selalunya memang sedap

    ReplyDelete
  6. Camana la rasa sharkfin tu... tak pernah rasa

    ReplyDelete
  7. Melimpah ruah tu supnya. Sluurrpp...sluurrpp!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!