BAIKI BUMBUNG RUMAH

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum WBT 


SYUKUR, ada rezeki dan jalan dipermudahkan untuk baiki bumbung rumah yang dah mula uzur. 




Masa kerja-kerja pendawaian baharu dibuat baru-baru ini, technician tu beritahu banyak bahagian bumbung yang dah bocor dan agak teruk juga dan bahaya jika dibiarkan.





Kalau hujan lebat, air akan masuk melalui saluran ini. Kita ni memanglah tak sedar sebab air tu meresap kat dinding.





Sebenarnya bukan tak sedar bumbung bocor tapi fikir tentu banyak kerja nak kena buat dan duit nak kena keluar, kan.. heheh.





Kalau hujan lebat, air akan masuk di kawasan ni tapi masih maafkan sebab dalam bilik air, haha.






Dah renggang dan berkarat.




Masa berlaku kebakaran kilang di SILC yang viral baru-baru ini, air hujan bercampur karbon menerobos masuk, dah macam rupa simen baru bancuh.




Ni semua gambar sebelum kerja membaiki bumbung dibuat.




Dulu-dulu teringin nak rumah beratap genting, heheheh.




Ingatkan rumah atap genting tu tak boleh bocor ke?





Kerja-kerja membaiki dilkakukan pada rabu lepas, 23 Oktober. Tak tahulah nama bahan yang digunakan untuk menampal bahagian yang bocor ni.








Banyak jugak kerjanya, bukan boleh buat sendiri-sendiri.









Lega tengok kerja-kerja membaiki dan menutup bahagian yang dah renggang.







Ada genting yang sudah genting jugak.










Hampir 7 jam jugak baru siap, mujurlah tak perlu tunggu di rumah kalau tak kena tunggu hari minggu.






Sampai sekarang bumi Jauhar belum hujan jadi tak tahu lagi sama ada sudah sempurna atau tidak kerja-kerjanya. Kita tunggu hujan dulu la ya. Total hangus, RM2,500.00. Kongsi-kongsi la bayar dah tinggal sebumbung, kan. Tapi PI kena bayar lebih la, ahaks!


P/S Sekarang orang tu mengendeng nak buat dinding pulak... hurmmm.. nanti-nanti dulu la ya, nak kena tunggu duit getah lain pulak 😄
Tags

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Ada duit semua boleh buat.
    Nasib baik dulu kecik2 rajin dan pandai sekolah.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah selesai sudah 👍🏻
    Rajin betul tukang tu ambil gambar ye hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, dia tunjuk setiap progress, ialah, bukti la apa yg dibuatnya. Kita nak check, tak sanggup pulak nak memanjat bumbung, hihi.

      Delete
  3. Mahal juga hendak baiki. Kalau kena ganti semua genting itu lagi mahal ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduh, tak tahulah kalau nak ganti semua berapa pulak nak membayonyer, hihi

      Delete
  4. Alhamdulillah.
    Akhirnya siap sempurna.
    Begitulah, demi sebuah tempat perlindungan yang selesa, kenalah kuar banyak RM.
    Tak apa, lepas menoreh getah nanti, terkumpul lagi RMnya.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!