Assalamualaikum WBT
SEJUK bumi Tanah Jauhar hari ni. Jam 2 pagi, Sk terjaga kerana hujan lebat. Ketuk skrin handphone nak tahu bateri yang dicaj sebelum tidur sudah penuh atau belum, tu la yang tahu baru pukul 2 pagi. Terbayang mereka-mereka yang tinggal di kawasan rendah. Tentu bimbang nak sambung tidur takut air bah. Dah siang, tanya dalam grup whatsapp tentang cuaca, rupanya di Senai tak hujan langsung. Cik Ani pulak berada di Terengganu sejak kelmarin kerana nenda Che Li meninggal dunia. Cikwa pulak sedang berada di bumi Hang Tuah kerana berkursus.
Kita selitlah di sini dua program yang berlangsung di kolej pada bulan Ogos dan Oktober. 21 Ogos lepas, kami ada Sambutan Ambang Kemerdekaan. Sejak pagi, semua pelajar dan staf berkumpul di hadapan ibu pejabat kolej dengan memakai pakaian bertema hari kebangsaan. Ada juga yang berpakaian tema zaman sebelum merdeka. Rasionalnya mungkin mengimbas semula suasana ketika nenek moyang kita berjuang menuntut kebebasan dari dijajah suatu masa dulu.
Abaikan tong pemadam api yang tidak digantung. Bukan sengaja tak mahu gantung ya, tapi menunggu untuk digantung masa ni selepas diselenggara. Tuan Tanah pulak bertudung tema merdeka, tudung yang dipakai setahun sekali, hihi. Maaflah lambat cerita program Ambang Merdeka ni sebab mula-mula rasa malas nak cerita, hehe.
Khamis lepas, 10 Oktober 2024 pula berlangsung Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW 1446H/2024M. Penceramahnya adalah Ustaz Mohamad Firdaus bin Pazim@Fadzim yang juga merupakan panel penceramah YADIM.
Untuk program Maulid ni memang biasanya bentang tikar la.
Tema Arab tetap menjadi pilihan, hurmm.. takkan nak tema Hindustan pulak kan. Semua sepakat nak pakai warna hitam dan maroon.
Perasan tak ada sorang yang ganjil?
Hidangan kali ni seperti kali-kali yang lepas, Nasi Beriani, Ayam Masak Merah, Pajeri Nenas dan Mini Papadom.
Satu dulang empat orang. Lupa bergambar dengan ahli dulang tahun ni yang berbeza dengan tahun-tahun sebelum ni iaitu Ida, Shasha dan Mas.
Pelajar-pelajar India pun join makan dalam dulang tapi mereka ni hadir masa jamuan aje la. Untuk pengetahuan, setiap khamis, ada program membudayakan al-Quran bagi pelajar muslim (minggu lepas ganti program maulid) dan pelajar India pun ada aktiviti kelab Indian Society. Bagi pelajar bangsa lain (cina dsb), mereka akan masuk kuliah selepas jam 10 pagi.
Terserlah SK sbg ketua marhaban di situ ahak :D
ReplyDeleteBagus anak² berketurunan india turut disantuni 👍
Terserlah kelainan
ReplyDeletehaha kenapa sorang tu tak ikut tema hehe :) meriah sambutan keduanya SK :)
ReplyDeleteyang tudung grey tu tak baca whatsapp atau tudung berlubang kena iron di saat akhir?
ReplyDeleteSollu Alan nabiy..
ReplyDeleteOkey... uncle nampak siapa yg ganjil tu....
ReplyDeletelain dari yang lain baru senang nampak =)
ReplyDeleteyang lain dari yang lain tu yang jadi perhatian sebenarnya kan..cantik je Jubah warna tu..
ReplyDeleteMenyerlah SK di tengah-tengah tu...
ReplyDeleteWalaupun hanya hadir waktu makan tapi baguslah dapat bergaul dengan kaum lain.
Alhamdulillah berjalan lancar kedua-dua majlis. Betul betul lari jauh temanya ni. Memang layak jadi ketua nasyid tu. hehe...Bagusnya ada aktiviti mingguan tu.
ReplyDelete