Assalamualaikum WBT
KHAMIS hari tu (26 September), Pak Inche ajak ke Taman Molek. Nak bayar bil astro. Aduyai, mana ada lagi orang bayar bil dekat mesin jaman now. Semua orang bayar online. PI ni memang oldskul ya, satu kepuasan bagi dia masukkan duit dalam mesin dan tengok mesin tu telan duit sekeping-sekeping agaknya, hahahaha.
Teringin nak makan Bubur Nasi yang femes kat Taman Molek tu tapi PI ni dia tak nak. Dia ni kan macam seorang yang kalau dia guna brand tu, dia tak nak brand lain. Contoh, kalau ubat gigi dia nak brand Colgate. Darlie ke.. Freshwhite ke.. Zaitun ke, dia tak mahu. Jadi, kalau bubur tu, dia nak jugak
Bubur Nasi No 1, dia tak mahu yang lain, hahaha. PI ajak ke Adam's Kitchen di TD Point (Taman Daya). Rupa-rupanya AK cawangan TD Point ni dah direnovasi, besar dan cantik, terang-benderang di ruang dalam restoran tapi PI macam selalulah, mananya dia mahu duduk dalam.
Carrot Cake Goreng untuk Sk. Sedap, tapi Sk makan carrot cake-nya jer. Rencah-rencah tu agak masin bagi Sk, mungkin banyak udang kering kot.
PI makan Mee Kolok. PI kata rasa dia macam nak sama dengan Mee Kolok Eleven Kitchen cuma kekurangannya di sini tak ada sambal cili. Kelebihannya pula di dalam sup ada dumpling.
Roti bakar wajib ada la untuk PI.
Chee Cheong Fun, sedap, sosnya tak masin.
Favourite Iman, Salted Egg Bun.. tapi Iman tak ada, terpaksalah Sk makan dua biji, PI tak nak.. dia tak suka. Sebiji lagi Sk bawa balik, bungkus tisu aje, hahahaha.
Haha, siap tolong makankan utk Iman!
ReplyDeleteUntung SK tolong makan kan untuk Iman..mee kolok tu nampak sedap..lama x makan
ReplyDeleteBetullah SK. Kadang-kadang udang kering tu boleh buat makanan jadi termasinh.
ReplyDeleteChee cheong fun tu heheee... rasa esok nak singgah dim sum cafe.
Dulu suami saya seperti PI. Kalo suka dengan sesuatu, tak nak yg lain. Tp kenal saya, langsung saya ubah🤣. Mana bisa makan yg itu saja, sementara saya suka mencoba rasa2 baru. Jd pelan2 saya ajak utk merasa kuliner macam2, sampai akhirnya dia bisa Terima 😁
ReplyDeleteChe cong fun kalo ketemu yg sedap memang best sangat. 😍😍